Pages

05 April 2007

Ayat-ayat Cinta

Ulasan saya terhadap novel ayat-ayat cinta........

saya membaca novel ini dan ternyata ia memberikan satu impak dalam perubahan diri sendiri...masyaAllah.....bukan berkata apa-apa
sebaliknya "dont' judge a book by it's cover"..........:)


Terus terang juga saya katakan, saya mengambil masa lebih kurang 1 1/2 hari untuk membaca karya penulis yang menikam jiwa ini. Berbaloi kerana hadiah dari sahabat saya ini (saya memang nak beli awal-awal lagi, tapi sebab kulitnya ala-ala jiwang, lagi pulak pink, jadi tak belilah) bernasib baik juga, rupanya isinya memang BAGUS!!menyesal tak beli dari dulu..

, memang memberikan kesan kepada naluri sendiri. Banyak unsur menarik dipaparkan dan bagi saya sendiri, pembelajaran tentang satu perkara yang tidak kita tahu banyak terdapat di dalam ayat-ayat cinta , perhubungan - non muslim kepada muslim, muslim kepada non muslim dan keindahan kota cairo yang diperjelaskan dengan terperinci sekali. Malah, turut di bawa kepada alam mimpi ..menangisi diri dengan keajaiban seorang koptik kristian (maria) yang mampu menghafaz surah Maryam dengan baik sekali, jauh sekali diri saya yang hina ini.
mentalah lagi, banyak perkara perbatasan antara wanita dan lelaki disentuh dengan begitu " ajaib" dan berkesan dengan berlandaskan al-quran dan hadis.

Menegur dengan penuh hikmah dan cukup bermakna. Himpunan doa-doa juga diselitkan . Betul kata FT, bagi yang sedang bercinta, wajib baca buku ni, .........

Menyelitkan gabungan bahasa arab dan perancis, juga kita akan meneliti pembelajaran pelajar2 di universiti al azhar......
.......so, tak rugi membelinya dan hayati ayat-ayat cinta!!!

ini adalah ulasan Faisal Tehrani dalam blognya dan saya paparkan di sini

Akhirnya saya selesai juga membaca novel Ayat-Ayat Cinta. Sudah banyak sangat yang saya dengar mengenai novel ini. Menggunung pujian diberikan kepada penulis novel ini. Ada yang mengatakan penulis novel ini adalah seperti Hamka baru bagi dunia penulisan Indonesia.
Saya mengaku lambat membaca buku ini. Saya baca sesudah Suri Jiwa. Saya mula baca novel ini sewaktu perjalanan ke Padang tempo hari. Ianya saya habiskan seminggu selepas pulang dari Padang. Novel ini saya sambung baca kemudiannya dengan buku Tenggelamnya Kapal Van der Wijk, karya Hamka. Sengaja saya baca kedua buku ini berturut-turut, kerana masih ada lagi mood baru pulang dari Padang. Lagipun, saya mahu kepastian, benarkah novel Ayat-Ayat Cinta ini ada persamaan dengan novel tulisan Buya Hamka.

Terus-terang, saya kurang berkenan membaca novel cinta. Mungkin disebabkan umur yang sudah meningkat ke 40, novel-novel cinta tidak lagi memberi nikmat kepada saya. Saya boleh terima novel yang ada bumbu-bumbu cinta, yang menyelitkan kisah cinta sebagai wahana mempersembahkan mesej yang lebih besar. Saya suka novel yang membawa mesej besar tentang kehidupan dan keadilan manusia seperti karya Pramoedya atau karya Sasterawan Negara. Saya suka novel yang dibuat dengan kajian seperti novel Enrique Mengundang Jauh tulisan HM Tuah Iskandar, Da Vinci Code tulisan Dan Brown, atau karya Faisal Tehrani. Saya suka novel yang mencabar pemikiran, menyuruh saya berfikir, dan memaksa saya mencari bahan bacaan lain untuk saya lebih memahamkan novel tersebut. Usia saya terlalu pendek, untuk sekadar membaca cerita cinta semata-mata.

Membaca novel Ayt-Ayat Cinta menguji kesabaran saya. Memang saya tertarik dengan ketelitian penulis menceritakan secara terperinci tentang Kairo dan Mesir. Rasa jelas terbayang tempat yang beliau ceritakan di dalam novel ini. Saya dan Suri sudah merancang mahu bercuti ke Mesir, bila membaca novel ini.

Kelainan novel ini sebenarnya adalah ianya ditulis oleh seorang lulusan
agama dari Mesir. Ianya tentang bagaimana penuntut al-Azhar bercinta. Bagaimana agama memandang cinta. Tajuk Novel ini merujuk kepada begitu banyak Ayat-ayat Al-Qur'an yang menyebut tentang cinta. Ayat itu juga merujuk kepada tanda, kekuatan cinta. Novel ini sangat patut dibaca oleh adik-adik yang baru mengenal cinta. Dalam Islam ada halal-haramnya dalam perhubungan antara lelaki dan wanita. Ianya diterjemahkan melalui cerita dalam buku ini.
Banyak diselit rujukan dari Ayat Al_Qur'an, Hadith dan kata-kata ulamak dalam novel ini. Inilah yang membuatnya berbeza dengan novel lain.

Terus-terang, saya sudah nyaris membakul sampahkan novel ini di pertengahan, apabila watak utama berkahwin. Terasa macam membaca novel cinta remaja yang biasa-biasa. Nasib baik penulis bijak menyambung cerita di dalam novel ini. Peristiwa yang berlaku di tengah novel itu menarik minat saya dan melahirkan rasa kagum pada novel ini. Mujur saya tak menyerah kalah di tengah pembacaan. Buku ini berbaloi untuk dihabiskan.

Selepas membaca novel Buya Hamka, saya berpendapat novel ini tidak banyak persamaan dengan karya Hamka. Hamka menulis tentang cinta tetapi menyinggung adat yang memisahkan cinta antara darjat. Yang sama antara kedua penulis ini mungkin keduanya mempunyai latarbelakang agama. Novel Ayat-Ayat Cinta ini pada saya, lebih rapat dengan novel Tunggu Teduh Dulu tulisan Faisal Tehrani. Kedua-dua penulis berlatarbelakang agama, menulis tentang cinta yang tertib, juga cinta tiga segi.

Yang berbeza cuma jantina watak utama. Malah, Tunggu Teduh Dulu, lebih puitis susun bahasanya, dan mengangkat wanita sebagai watak utama.
Kepada adik-adik yang sedang bercinta, bacalah buku ini. Buat ingatan tentang batas-batas perhubungan. Biar cinta itu halal dan diberkati. Biar cinta itu kekal dari dunia hingga akhirat.

1 ulasan:

  1. saudari qudwah_mardihah,

    rasa saya saudari sudah tersilap quote, ulasan yang dipaparkan bukanlah tulisan Saudara Faisal tetapi ianya daripada blog Jiwarsa.

    Surijiwa.

    BalasPadam