Pages

29 Jun 2007

~Tentang Cinta~


Aku terbawa-bawa dalam perasaan Cinta,
Aku terbiasa kerana kecewa,
Aku terbawa-bawa dalam kancah Cinta,
Aku terbiasa kerana terkadang lupa,
Aku terbawa-bawa dalam dunia Cinta,
Aku terbiasa kerana halusinya warna,
Aku terbawa-bawa dalam perang Cinta,
Kerana aku makin biasa mencintaiNya...
Sungguh, aku makin dan makin menyayangiNya.....

Tuhan..ampunkan dosaku...
Aku terlalu............

11 ulasan:

  1. cinta itu indah~
    carilah cinta sejati...
    iaitu cintakan Allah~

    BalasPadam
  2. as-Salamu`alaikum wa RahmatuLlah
    ya habibati...


    salam ziarahi kembali...
    salam iman serta ukhwah fiLlah,
    bi izniLlah :)

    Hatimu Untuk Siapa...

    Hatiku untuk NYA,
    Yang Maha Kuasa,
    Pemilik Jagat Raya,
    Tauhid untuk Yang ESA,
    Seagung kasih untuk NYA...

    Hatimu Untuk Siapa...

    Hatiku untuk mereka,
    Asbab lahirku ke dunia,
    Dunia fana tidak bermakna,
    Andai hilang kasih bapa,
    Alam indah apa la guna,
    Kasih bonda membawa ke Syurga...

    fi amaniLlah wALLAHu a`lam bisawab.

    BalasPadam
  3. salam,

    dimana letaknya perasaan kasih dan sayang??

    dari mana ianya terbit??

    hakikatnya sungguh indah perasaan itu..

    (",)

    BalasPadam
  4. Cinta yang paling manis adalah cinta pada Allah.Kerana sesungguhnya Dia tidak putus-putus mengasihi hamba-hambanya

    salam perpaduan

    BalasPadam
  5. cinta mampu meruntuhkan gunung yang memasak bumi, cinta juga mampu menenggelamkan sebuah kota, cinta itu boleh selembut angin yang mendamaikan dan ia juga boleh mengganas lantas memusnahkan...

    BalasPadam
  6. Curahan Hati
    ————

    Curahlah cintamu pada yang sudi
    menerima seadanya padamu sendiri
    ikhlas mendamba sekeping hati
    untuk sentiasa kau taati

    Bila kau merajuk dia memujuk
    bila buntu dialah tempat kau rujuk
    bila kau marah dia tidak merajuk
    sentiasa tenang tidak olok-olok

    Cintai seorang lelaki bernama suami
    semoga dapat kau jadi isteri
    kalian saling rindu-merindui
    semoga bahagia dan Allah Redhai.

    BalasPadam
  7. Ingatkan salah masuk blog, rupanya sudah diceriakan .... Salam Ukhuwwah.

    BalasPadam
  8. Cinta makhluk; makhluk akan mati..

    Cinta Allah; kekal abadi!

    BalasPadam
  9. SALAM UKHWAH KALIAN SEMUA,

    JAZAKALLAH KHU KHAIRAN KASIRO..

    sajak ini ditulis apabila terpandangkan bait-bait indah puisi di blog jawapan cinta, faisal tehrani....haru sungguh karya Brecht!-Karya Jerman nih.huhuhu!!

    Aku nak ikut dia, yang ku cinta.
    Ku takkan kira, berapa harganya.
    Ku tak nak ingat, sama ada ia betul.
    Ku tak nak tahu, sama ada dia cinta aku.
    Aku nak ikut dia, yang ku cinta.

    BalasPadam
  10. Salam,

    Ukhaiyati,

    Kasih insani keranaNya,
    Dalam mencari Cintanya...
    Dalam menuju RedhaNya...

    Serahkan kasih insani padaNya,
    Seluruh seluruhnya...
    Dalam sendu sendiri pastinya,
    Namun,
    dalam penyerahan padaNya,
    temukanlah dakapanNya...

    Serah serahkan kepadaNya...
    Tenang tenang selamanya...

    Wallahu'alam...

    Wassalam...

    BalasPadam
  11. Tenang itu fitrah….
    Cinta itu sanggah…
    Namun pada penyerahan kepada Allah..
    Jangan sia-sia kan…

    BalasPadam