Pages

19 Oktober 2007

~Ceritera~



Masih sempat saya mengisi masa untuk menulis di sini. Idea saya semakin kering dan semakin menghilang semenjak Ramadhan dan Syawal. Atau jemu menjamah rendang juga masakan berempah yang dijamu. Idea saya perlu bangkit untuk ~Cinta Aisya~. Selamat kembalikan diri ke alam nyata. Selamat kembalikan diri wahai diri!

Ucapan khas : “Selamat Hari Raya Aidilfitri” , MAAF ZAHIR & BATIN untuk semua sahabat blogger ;

Terima kasih istimewa : Kieron (adik comel), faridmw, tintahati, ukhti27, achik_sufi, sofwah, untuk sunan_jati , 13May….dan semua lah……Maaf kiranya tidak dapat melayari blog kalian.

Oh ya, terima kasih kiriman kad hari raya untuk saya….erm, saya suka pada kad berwarna coklat, siap dihiasi sebuah rumah lama Melaka. Rumah tiang seribu…..Terima kasih pemberinya. Juga semua kad-kad yang datang dari rakan blogger.

Saya sampai di rumah, menjejakkan kaki pada malam hari raya. Pelita sudah siap dihiasi. Bersalaman dengan mak dan adik-adik mengungkai rasa sayu dan gembira. Ayah, abang-abang sudah lama keluar, bertakbir dari rumah ke rumah. Malam, pastinya menantikan kunjungan kelompok untuk bertakbir di samping kami menjamu. Biar letih dalam perjalanan (meski 2 jam) tapi cukup seronok.. Anak-anak buah berlari sana- sini. Menjerit-jerit. Gembira dan sesungguhnya inilah ciptaan kasih sayang yang bersemi.

2 rombongan bertakbir berkunjung. Hidangan sambal bali, lemang, ketupat, rendang dan istimewa ada periuk kera…(nak rasa….datanglah rumah ya).

Saat bersalaman dengan mak dan ayah = air mata dah berlinang. Ayah dan mak menanti sudah. Ayah handsome dengan baju melayu hadiah pemberian anak daranya..he he he. Mak sama juga, sedondon dengan ayah. Sengaja saya pilih warna peach…macam baru menikah…Along dan Kak Long juga anak-anak comelnya ; Afrina, Aiman dan Irfan. Tahun ni, Angah dan Kak Ngah berhari raya di Muar, (rindu pula saya keletah si Amar dan Athirah) turn saya ; Kak Lang (tahun ni single lagi), Abang Chik, Kembar, Kak Uda dan terakhir si Busu.

Saya memeluk mak….itu buat air mata saya jadi bertambah banyak dan bertakung-takung. Ni yang saya lemah…..akhirnya berderai. Adik-adik lagilah menangis….Duit raya bertukar tangan. Bila sudah bekerja, inilah nikmat pemberian Ilahi…sedekah pada anak-anak buah dan kanak-kanak.

Pastinya Syawal ini kita bersederhana. Kunjungan saudara mara, cukup lumayankan diri di dapur. Masak dan menjamu.

Kenangan saya = cukup banyak, untuk berkongsi kenikmatan, semestinya berlainan cara dan gaya. Cukup saya terasa, sekejap sangat masa berlalu, hujan juga anugerah di aidilfitri. Selamat merayakan Aidilfitri selama 1 bulan. Puasa 6 dan jangan lupa kawal kolesterol anda.


~ Salam Perpaduan~

4 ulasan:

  1. ai akak...sayu la plak baca article ni....mcm baca novel...hehehhe

    BalasPadam
  2. salam..
    selamat hariraya..
    seronoknya dapat berhariraya dgn keluarga...

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama22/10/07 09:10

    salam..
    yer , syukur alhamdulillah kita diberi peluang menikmati hari raya thn ni setelah ditarbiyah sebulan..semoga segala tarbiyah , amalan yg baik berkekalan dan istiqamah di hari-hari seterusnya..
    Maaf juga jika tersilap salah..kita hamba pasti tidak lari dr kesilapan...
    Teruskan bekarya n menulis ...

    BalasPadam
  4. Salam Kak...lama tak jumpa..rindu rasanya..rindukan ktorang tak?? Selamat Hari Raya...maafkan adk2 yang nakal ni yer...rajin2 la menulis..kami menanti keluaran novel pertama... =)

    BalasPadam