Pages

11 Mac 2008

Analisis


Apa yang dapat saya simpulkan pilihanraya Umum ke 12 adalah satu mimpi ngeri untuk Barisan Nasional. Usahlah bermimpi dan tidur lagi. Usahlah membayangkan anda sedang meniti bahagia sebaliknya ini adalah suara rakyat yang menggegarkan dan menggempitakan Malaysia. Suara rakyat telah menentukan. Kebangkitan 5 negeri, Kelantan bersama PAS dengan status quo nya, Pulau Pinang ke tangan DAP, Perak, Kedah dan Selangor yang berstatus pembangkang. PAS, PKR dan DAP telah menjahamkan mimpi indah kesemua barisan kepimpinan tertinggi. Abdullah Ahmad Badawi tersungkur apabila undi majoriti tidak memihak kepada BN.

Mereka angkuh, sombong, bongkak dan keterlaluan. Inilah balasan mereka. Inilah kuasa rakyat. Juga kuasa Tuhan. Tuhan yang Maha Adil dan Kaya. Maha Agung dalam menentukan keputusanNya.

Penganalisis politik terkedu (mereka yang membebel tak henti-henti di TV3 dan TV1, entah apa yang diputar belit. Pengacara juga bagai tidak percaya, muka kelat macam tertelan kopi pahit seolah tidak percaya. Macam saya nak letupkan sahaja TV3, macam nak saya bagi penampar (kasar sikit) sahaja kepada semua pengacara. Perang media sungguh. Tiada lagi laporan sehingga jam 6.30 pagi. PWTC muram dan dibaluti kekecewaan dan kejutan besar, seolah Tsunami melanda Malaysia. Selalunya dan mampirnya barisan kerajaan akan merayakan kejayaan mereka sehingga dinihari. Tapi kali ini amat menyayat hati. Khir Toyo membawa pulang hadiah ‘penyapu’ tercantik. Tajul Rosli menangis lagu ‘Di Mana Kan Ku Cari Ganti.. Mahadzir Khalid, di Kedah membayangkan menjadi pembangkang di negeri jelapang padi. Beliau akan menjadikan tugas sebagai Menteri Besar sebagai Kenangan Terindah, Tsu Koon tersungkur dan bakal menjadi peniaga berjaya. Sementara Ahlan Wa Sahlah kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai peneraju kekal paling konsisten dan berpengaruh di Kelantan dengan kemenangan kerajaan PAS di Kelantan. Pesan seorang kawan saya..berkunjunglah ke Kelantan, ketenangan dan kedamaian akan diperolehi. Juga kepada semua pengganti Menteri Besar di 4 lagi negeri : Lim Guan Eng (DAP di Pulau Mutiara), Ir Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS di Perak), Khalid Ibrahim (PKR-Selangor) dan Azizan Razak (PAS, Kedah).

Malam tersebut, saya sahaja berkurung di ruang tamu melihat kesemua jawapan dan keputusan pilihanraya. Mak, ayah sudah mula mengundurkan diri apabila lewat tengah malam, keputusan dilihat semakin lembab dan bagai memihak kepada pembangkang. SMS yang saya terima mengujakan. Berita terkini dari SMS lebih pantas dari SPR.…terima kasih untuk semua sahabat dan sahabiah saya….! Mata saya tidak mengantuk malah makin menggembirakan. Inilah saatnya, saya telah membuktikan dan anda semua membuktikan bahawa kita bersemangat pengundi celik. Kematangan rakyat juga sudah ditunjukkan melalui undi.

Gempa bumi, tsunami dan perang minda berlaku. Tahniah saya ucapkan kepada semua wakil pembangkang yang telah menjahanamkan kerajaan UMNO-BN. Rakyat mahukan gelombang perubahan. Analisis saya sehingga dinihari - setiap akhbar, Utusan Malaysia, Berita Harian kesemua wartawan semakin insaf dan muhasabah diri mereka bermula. Adakah selepas ini media akan menjadi 50:50, melaporkan setiap kegiatan negeri, atau Selangor terpaksa mencari medan alternatif mempunyai saluran akhbar sendiri untuk rakyatnya? Jika dahulu sukar kita tahu tentang Kelantan: Utusan Malaysia @ Berita Harian, semua berita tentang Kelantan pembohong…semua yang salah dan angkuh tentang Kerajaan Kelantan…Adakah media juga semakin tertekan atau masih dibelenggu dengan provokasi Kerajaan Parlimen? Ingat..40 % hasil ekonomi Malaysia adalah dari Selangor. Perak dan Pulau Pinang juga merupakan aset kepada Negara. Saya menantikan segalanya berubah.

Satu ruangan pendapat di Utusan Malaysia, dari Mohd Arif Atan :

“suka atau tidak, suara akar umbi rakyat seluruh Negara ini tidak harus dipersoalkan sebaliknya perlu disambut dengan lapang dada disusuli muhasabah diri”

Saya menyambutnya dengan gegak gempita “ Allah hu Akhbar…….!!” Saya cukup suka dan bergembira. Hari Isnin, zon kerja saya cukup selesa dan menceriakan. Zon sehingga 80 %.

Media mengejutkan pembangkang dengan persoalan “ mereka perlu tunaikan janji. Hei…tolonglah media…baru sahaja urusan pertukaran Menteri Besar nak buat, belum lagi jawatan diserah sepenuhnya, mereka belum mesyuarat lagi..yang hangpa dok dengki khianat ni ape pasal? Iye, saya faham , pembangkang harus menegakkan setiap manifesto mereka. Pembangkang harus menunaikan janjinya malah janji kepada Rakyat. Jika PAS mampu membawa perubahan sehingga diterima Rakyat Kelantan, insyaAllah mereka boleh, kerana Rakyat telah memilih BA sebagai wakil baru Malaysia. Tunggu dan lihat bagaimana janji-janji mereka akan dipenuhi dan dijalankan. Mereka akan memimpin dan menerima tanggung juga jawab. Jawablah di akhirat kelak sekiranya tidak membawa mesej jelas dan kebenaran kepada Rakyat. Malah ia makin memualkan bila TV3 mengeluarkan isu TABIKA KEMAS yang di gesa dikosongkan oleh Pihak PAS di Kedah. Isu basi!!!!! Tidak buka minda langsung, Alih-alih keluar kenyataan dari Menteri Besar Kedah baru “ TABIKA KEMAS masih beroperasi…” eh…apa kejadahnya TV3 ni, tadi dia hentam-hentam lepas tu keluarkan kenyataan MB Baru Kedah tersebut. Ni propaganda apa lagi?

Saya beralih kepada Samy Velu yang merayakan Hari Jadinya dengan tersungkur jatuh. Shahrizat Jalil tewas mengejut dengan Puteri Keadilan , Nurul Izzah. M.Kayveas akan meneruskan karier politiknya dan perjuangan menegakkan PPP. Sungguh kelakar apabila sebahagian menteri kabinet Pak Lah terjatuh dan terkejut. Khir Toyo mengemas diri dan mula memindahkan barang.Beringatlah, kita akan berada di atas dan kemudian akan berada di bawah.

Saya menyeru kepada semua Blogger dan rakan, selamat meneruskan perjuangan. Perjuangan saya hanya di atas tulisan yang membantu menyedarkan. Kita sukar perolehi kebenaran dari media, tetapi kita bijak, kerana media semakin memualkan, semakin menjijikkan. Semakin memuntahkan isi-isi basi. Rakyat bosan dan menyampah!

Selamat Berhidmat kepada semua wakil rakyat baru!!!!

3 ulasan:

  1. Penjaga Warisan12/3/08 17:51

    Assalamualaikum...

    Setelah membaca coretan saudari, beberapa perkara bermain-main di fikiran saya... Lantaran kegembiraan saudari di atas kemenangan Barisan Alternatif.

    Tahniah di atas kemenangan mereka...

    Namun, saya merasa bingung... kerana hak keistimewaan orang melayu dinafikan di Penang. Selain itu, di Selangor dan Perak misalnya, suara majoriti melayu sudah berkurangan... Kekayaan di bumi Selangor, 70% milik bukan bumiputera... Jika hal seperti di Penang berlaku di Selangor dan Perak, adakah kekayaan bukan bumiputera akan meningkat setelah DEB ditinggalkan.

    Saudari, setelah saya meneliti dan melihat statistik, didapati majoriti suara Melayu di Selangor sudah berkurangan... Mungkinkah anak melayu kita menyokong DAP yang bukan islam, sedangkan terang-terangan kita dilarang melantik pembesar dari kalangan bukan islam?

    Saya semakin bimbang... bimbang kalau-kalau kita menjadi seperti Sultan Sulu... Ada kerajaan tapi tiada negara... atau, wujudnya negara Malaysia yang bertuankan bangsa lain...

    Sedar atau tidak, saya akan senantiasa memerhati dari jauh... menunggu satu persatu manifesto yang dijanjikan sehinggalah ke PRU 13...

    BalasPadam
  2. Ini serba sedikit jawapan saya :Saya copy aje dari Harakah/Malaysia Daily(dalam kurungan adalah analisis saya juga)

    Jangan cetuskan api perkauman!

    Paparan seburuk ini, dibuat dengan nada yang begitu jahat, boleh mencetuskan ketidakstabilan hubungan kaum dalam negara. Utusan jelas 'bermain dengan api', meniupkan api perkauman yang boleh menjejaskan ketidakstabilan politik dalam negara.(Utusan Malaysia mahupun Berita Harian adalah propaganda BN(barang naik) untuk memuntahkan lahar gunung berapi...siapa sebenrnya yg memulakan isu perkauman jika bukan UMNO sendiri?Kenapa sengaja menganaktirikan media kepada PAS,PKR dan DAP? juga isu panas pemilihan MB Perak yang dihangitkan oleh media? tiada yang betul pun!)

    Apa yang disebutkan Lim Guan Eng sebagai DEB menjadi punca kronisme, rasuah dan tidak efisyen sebenarnya memang betul.(ini adalah realiti dan kenapa PM masih boleh berdolak dalik lagi tentang DEB. sedangkan sekarang pun melayu penang terpinggir di bawah BN.(kroninya sahaja yang banyak duit, bertreler-treler)...huhuhu kesian...kita lihat sejauh mana DAP, PKR memimpin penang..berikan mereka laluan mudah dan kita hukum mereka jika tidak berjalan 5 tahun dari sekarang..soalnya, rakyat telah memilih..dan suara rakyat adalah sakti..)

    Tan Sri Khalid Ibrahim ketika ditemuramah penulis dua tahun lepas (sebelum menganggotai KeADILan), tidak mempertikaikan DEB, yang dipertikaikan soalan perlaksanaannya. Soal delivery dan ketelusan yang dibangkitkan.(soal perlaksaannya yang membabitkan kroni....memang saya setuju)

    Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah menegaskan bahawa Islam tidak menerima sebarang tindakan yang boleh disifatkan sebagai diskriminasi kepada mana-mana kaum.

    Namun, PAS menerima beberapa keutamaan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan terhadap orang-orang Melayu. Apa yang PAS pertikaikan ialah soal amalan korupsi, kronisme dan nepotisme yang dilaksanakan oleh BN.

    Hakikatnya PAS mempertikaikan DEB kerana ia digunakan sebagai alat politik untuk kepentingan segelintir puak yang dikenali sebagai Umnoputra, bukan untuk bumiputra.

    Bukan soal DEB sahaja, lihatlah dasar untuk kepentingan orang Melayu Islam sebacara keseluruhan untuk orang Melayu/ Islam sewaktu Umno berkuasa dengan bongkaknya?

    (kebimbangan saudara saya fikir kerana terlalu membaca akhbar yang macam tin bawah milo dan ovaltine tu...yang macam duduk bawah tempurung, tidak menambah minda rakyat..sebaliknya membuatkan rakyat bingung dan serba salah dan mereka yang memulakan kacau bilau masyarakat...hakikatnya, akhbar utusan hari ini 13/03/2008 melaporkan KUALA LUMPUR 12 Mac – Semua 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di Perak diarahkan memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar baru di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar esok sebagai membantah pelantikan wakil rakyat Pas sebagai Menteri Besar negeri itu.

    Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang berkata, tindakan tersebut diambil kerana pelantikan Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, daripada Pas yang merupakan wakil rakyat parti ketiga dan terkecil dalam kerajaan campuran itu tidak mendapat mandat daripada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

    “Keputusan melantik Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak mengejutkan dan membingungkan pemimpin, ahli-ahli dan penyokong DAP.

    “Memandangkan pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang mewakili parti ketiga dan terkecil dalam kerajaan campuran itu tidak menerima mandat CEC, semua ADUN DAP Perak tidak akan menyertai majlis angkat sumpah yang dijadualkan esok,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan di sini malam ini.

    Hari ini, Sultan Azlan Shah melalui Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah telah memperkenankan pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang ke-10. Beliau dijadualkan mengangkat sumpah pada pukul 4 petang esok.

    Menurut Kit Siang, pihaknya bersedia menerima Pengerusi DAP Perak merangkap ADUN Sitiawan, Ngeh Koo Ham, 47, atau ADUN Behrang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jamaluddin Mohd. Radzi, 52, sebagai Menteri Besar.

    Rujuk pula Malaysia kini MB Perak - kekecohan hanya manipulasi Media- KUALA LUMPUR, 12 Mac (Hrkh) - Kekecohan yang berlaku beberapa hari ini dalam soal perlantikan Menteri Besar menampakkan sedikit kekeliruan.

    Kebanyakannya semacam tidak memberi perhatian kepada peruntukan undang-undang dan kekecohan itu telah dimanipulasikan oleh media milik BN untuk melaga-lagakan PAS dan DAP terutamanya.

    Keadaan itu sengaja dipaparkan begitu supaya para pengundi Melayu terutamanya takut dengan pembangkang yang mereka gambarkan sukar untuk bekerjasama kerana ideologi dan karakter yang saling bertentangan.

    Menurut Profesor Dr. Abdul Aziz Bari, salah satu perkara yang perlu diberi perhatian dalam soal perlantikan Menteri Besar ialah bahawa hanya orang Melayu dan Islam sahaja yang boleh dilantik ke jawatan itu.

    "Sebab itu di Perak meskipun DAP memiliki jumlah kerusi yang paling banyak di kalangan barisan pembangkang mereka perlu memberikannya kepada parti-parti yang mempunyai Adun Melayu," jelas Dr. Abdul Aziz lagi.

    BalasPadam
  3. Media memburukkan keadaan dan tidak pernah tahu hakikat sebenar....sefaham saya, PAS, PKR dan DAP akan bekerjasama dengan baik....insyaAllah. Soal pengundi pilihan malayu memilih DAP, saya kira ini adalah mandatori hukuman kepada melayu sendiri. Melayu masih tetap ada di Malaysia meski Belajar dalam BI (Aik?? ni pun dah rasa macam terpinggir je melayu kan?)

    rujuk ini http://saifulislam.com/?p=1573#more-1573

    Jika mahu bercakap soal Melayu, Muslim dan hero-hero pembelanya, jawablah soalan ini…

    Siapakah yang menyekat kewangan pusat kepada kerajaan ‘Melayu’ dan ‘Muslim’ di Terengganu dan Kelantan? BN, UMNO.

    Siapakah yang menggadaikan tanah rezab orang Melayu? BN, UMNO.

    Siapakah yang meminggirkan Bahasa Melayu dan sastera Melayu? BN, UMNO.

    Siapakah yang menyekat ilmuan Melayu, ilmuan Muslim dengan segala ancaman, ugutan, hingga masjid dan surau lebih baik dibiarkan sepi daripada makmur dengan pengajian yang tidak serasi dengan kehendak politik? BN, UMNO.

    Siapakah yang gagal melaksanakan DEB yang diformulakan sendiri oleh mereka untuk kononnya membantu orang Melayu? BN, UMNO.

    Siapakah yang memerintah ketika Melayu Muslim Pulau Pinang terpinggir dan akhirnya merempat di tanah sendiri? BN,, UMNO, Gerakan…

    Kita kehilangan segala-galanya di bawah Barisan Nasional, di bawah UMNO. Mengapa harus ada kepercayaan bahawa BN masih relevan sebagai tempat meletak harapan? Bukan sepenggal, tetapi 50 tahun. Semakin lama UMNO dan BN berkuasa, semakin mereka lupa. Usahkan mahu membantu mengatasi kemiskinan Cina dan India, bangsa sendiri pun mereka lupa.

    UMNO adalah masalah Melayu. Mereka juga masalah Cina dan India, serta kaum lain yang menghuni Malaysia.

    Peluang untuk UMNO dan BN sudah tamat. Untuk menamatkannya, hanya strategi 1 lawan 1 sahaja yang mampu menundukkannya. Di mana-mana kawasan BN berdepan dengan DAP, maka DAP itulah yang perlu dipilih.

    Tidak mengundi adalah keputus asaan.

    Mengundi BN adalah suatu kebodohan.

    Maka DAP adalah pilihan yang tinggal untuk menundukkan keangkuhan BN.

    Lainlah kalau Melayu mahu belajar mendengar dan memahami tentang PAS. Namun apa yang berlaku, sebut sahaja PAS, jika tidak jebik, gamlah yang dipalit. Apabila hak orang Melayu terusik, tiba-tiba pula BN mahu menampilkan diri menjadi juara membela bangsa.

    BalasPadam