Pages

18 Mac 2008

Cis!!!

Cis
Jangan kau jatuhkan melayu
Melayu bangsaku
Jangan kau dukung bangsaku
Keluar dari jajahan

Cis
Berani sungguh kau mencabar ketuanan melayu
Berani dikau melanggar undang-undang bangsa
Atas jenama olok-olok ku

Cis...
Kau tak pernah tahu
Hati ku kecut dan semakin gelisah
Hanya kerana kau
Mahu hapuskan bangsaku
Walaupun sekadar DEB itu
Nyata sungguh peluh jantanku
Mengalir pantas

Cis……….

3 ulasan:

  1. Penjaga Warisan18/3/08 15:15

    Kenangilah perjuangan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

    Ketika baginda tiba di Madinah, baginda satukan kabilah-kabilah yang sedia ada di madinah iaitu antara auz dan khazraj. Mereka ini bangsa arab. Termeterailah perjanjian aqabah yang menyatukan kedua kabilah ini.. hilanglah nama auz dan khazraj, wujudlah nama Ansar.

    Ketika hijrah, baginda menyatukan kaum ansar dengan penghijrah dari mekah, iaitu kaum muhajirin... juga bangsa arab... maka bersaudaralah mereka. Yang tiada rumah, diberi rumah... yang tiada duit, diberi duit untuk meniaga seperti Abdul Rahman bin Auf a.s. Yang tiada isteri juga diberi isteri. Kesanggupan kaum ansar ceraikan isterinya demi untuk kebajikan orang mehajirin...

    Kemudian, nabi mewujudkan piagam madinah yang bertujuan mencapai kemakmuran negara madinah al-munawwarah yang bermasyarakat majmuk... dengan terdapatnya kaum yahudi dan nasrani... akhirnya wujud madinah, pusat pemerintahan yang adil, cekap dan madani... Akhirnya madinah menjadi pusat penyebaran islam yang paling giat... Yang mempunyai struktur pentadbiran yang paling sempurna.

    Ok, kembali semula ke zaman ini di Malaysia. Sebagai bangsa yang dominan dan beragama islam... marilah kita bersatu, bersatu untuk Yang SATU. Setelah bersatu, barulah kita boleh mentadbir negara majmuk ini sehingga mencapai tahap madani...

    BalasPadam
  2. salam maulidur rasul.. dihah ;)

    BalasPadam
  3. salam kehidupan,

    cis...cis...dan terus cis.untuk siapa?...semestinya untuk yang selayaknya.

    BalasPadam