Pages

31 Mac 2008

Sabar Itu Indah


I

Dia kadang-kadang menjadi diam sahaja. Biar dia banyak diam, berfikir, jika setiap kata kadang-kadang tidak diambil peduli. Biar orang kata dia seperti kayu atau tunggul kayu. Dia sentiasa diam, tidak peduli walhal hatinya kadang-kadang banyak bicara sendiri. Semua orang kadang-kadang tidak mengerti tentang diamnya.
Biar dia diam, berfikir, biar tidak banyak tahu, tapi dia sentiasa mencuri ilham Ilahi. Kebesaran menguji diri. Dia akan sentiasa diam. Kadang-kadang , selalu dan selamanya.....itulah DIA.


II

Diam

" Bas jam berapa, Dihah?"

" 10.30 ayah..." saya yakin. Tiket saya simpan dalam beg. Kemudian siap segera untuk pulang ke kota. Saya akan rindui kembali
keluarga.

Saya diam dan mengulit diri di depan cermin. Tudung saya kenakan dan memeriksa beg.

Siap.

Kereta kemudian menyusuri Masjid Tanah.

" Tak ada pun bas Kak Lang..mana?"

Saya sengih. " Baru 10.20..kejap lagi sampailah tu..." saya sedapkan hati. Aiceh.

Ayah turun mendapatkan kaunter.

" Eh, bas dah jalan, mana ada MARA Liner jam 10.30..." pakcik separuh usia tersengih macam kerang busuk.

Ayah terperanjat. Mulut ayah tak henti-henti bersuara memarahi kerana leka dan lalai melihat waktu perjalanan balik di tiket sendiri. Alahai. Adik sudah
mengekek ketawa. " Berangan lah Kak Lang ni...."

Huwaaaaa..bas dah lepas...................saya diam dan diam. Mati kutu. Melihat tiket. Ya Allah, memang jam 10.00 pagi, bila pulak nampak tiket ini jam 10.30 pagi
ye?

Hati sudah makin berdebar-debar. Diam.

Macam nak jadi pengundi hantu.

Saya sengih dan kemudian kami tertawa di dalam kereta. Mujur bas menanti saya di persimpang jalan. Ayah menderu kereta ala-ala Schumacher.

Semalam, saya menjadi penumpang istimewa. Drebar cool, macho dan menanti sabar saya.

Moral : Please be aware your ticket! Jangan banyak berangan dan bersabar selalu.....Sabar Itu Indah....


III

Sabar Itu Indah....

" Bila nak kahwin?"

Saya diam. " Tunggu ...ada jodoh, kahwin lah..."

" Haiya..mahu tunggu bila amoi....?' pelat tukang jahit mengusik. Saya malu-malu.

" Ohh.....you mahu makan nasi minyak free ka?" saya mengusik

" Iyelah..mahu datang lumah kamu maaaa.."

" ........Ohhh, nanti-nanti. Bila ONN, saya jemput punya..."saya senyum.

" Ni baju cantik pakai bila maa...tunang ka?"

Eh, nyonya ni, banyak tanya pulak. Saya ketawa.

" Bukan...ini pakai kerja maa...."

" Ohh...."

Entry ini khas untuk kawan baik :pemilik kucing siam , tak silap ada 8 ekor kat rumahnya...8 kan? ke dah tambah anak menakan lagi?

3 ulasan:

  1. Heheh..nak kongsi pengalaman saya. Cuti winter awal tahun ni, saya dan rakan2 telah berjaulah ke Sepanyol.Pada hari terakhir perjalanan, kami perlu bertolak dari Barcelona ke London. Tapi atas perancangan-Nya, kami telah tersalah airport! The right airport is an hour away from the wrong airport. Habis burn tiket flight and bas kami...semua kena beli baru. Tapi nak buat macam mana, sabar banyak2 dgn ujian itu. ('',)
    Pengajaran: double check everything!

    BalasPadam
  2. Kak Intan2/4/08 13:53

    Kesiannyaa... akak busy la. Tak sempat nak baca blog awak. Baru tau cerita...

    BalasPadam
  3. huh kisah kedua yang hampir sama terjadi, cumanya kerana terlalu kelam kabut takut terlewat saya akhirnya menemani sahabat hampir sejam setengah akibat datang terlalu awal.. "laa...akue ingat pukul 11 biasa naik pukul 11" kata sahabatku itu. Saya hanya tersengih..dan kesudahannya dapat makan lunch free.. (^_^)

    BalasPadam