Pages

10 April 2008

Luar Biasa.......


I

Benar, rindu benar pada sahabiah yang mengerti tentang diri. Perjalanan petang semalam menggigit satu perasaan luar biasa. Wajah pakcik dengan memegang bekas menagih ihsan itu barangkali mengungkai lagi hiba dalam naluri saya. Berpusing kembali dan ternyata saya teramat sedih. Duhai hati, bertenanglah. Bersabarlah. Saya melihat wajahnya penuh semangat untuk hidup. Lantas, pemikiran tadi bagi mengenyangkan diri lebih berhak kepada yang ini. Kaki melangkah cepat, malahan ia bagai merobek naluri. Tuhan……ampunkan dosa kami. Ampunkan dosa sekalian mereka …. (saya tidak tahu kenapa cerita ini boleh menjadi sebahagian dari entry untuk hari ini)

Sabda Baginda bermaksud:” Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertaqwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi).

Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:”Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan kenali sepertinya:”

Sabda Baginda lagi:”Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud). Semoga kawan-kawan saya dan sahabiah saya dalam lindungan Ilahi. Petang itu kiriman sms betapa saya merindui mereka dikirimkan. Tanda berita, biar jauh di mata tetapi tetap di hati.

Pernah kami bersama menegur kesilapan, bermuhasabah bersama….saat itu saya rindui kan mereka semua. Ubadah Ibn As-Samit berkata: “Rasulullah s.a.w. mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya.


Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada ta
pa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” (Hadis riwayat Muslim).

Kisah kami tidak akan terhenti…malahan, kami akan berdiri bersama sebuah kenangan yang ranum dalam setiap hati. Meski kami : Saya,
Kak Long, Hanes, Lily, Sya, Umi dan Paah berjauhan. Walau jauh, tapi dekat dalam hati. Inilah nikmat islam, iman dan ihsan. Juga erti pada sebuah persahabatan. Meski berlainan kehidupan kini, ada antara sahabiah tersayang bekerja, menjadi pelajar, menjadi isteri dan ibu…namun bagi saya, kami tetap mahu menjadi seperti dahulu,….kenangan bersama perjuangan kami. Islam mendekatkan kami. Takbir…Air mata saya mengalir lesu....melalui proses luar biasa keindahan pembersihan diri. Membersihkan mata dan sungguh, menyendiri kali ini benar-benar begitu LUAR BIASA.

II

Bila tibi masih menayangkan isu basa-basi, isu "babi" yang menjadi kroni, saya sedikit simpati pada babi yang tidak bersalah. Tergelak juga saya mereka menjadi mangsa. Menjadi topik segelintir yang masih tidak percaya, ditelan tsunami malahan mereka menjadi karam di lautan kapal sendiri. Kasihan sungguh. Tapi kasihan pada babi (ups!!…..Utusan Malaysia menghalalkan perkataan babi di akhbar mereka, jadi saya rasa ia halal disebut….tidak sensitif pada saya….) Kerana isu basi, akhirnya saya berjaya mendekatkan diri dengan buku berjudul IMAM - ABDULLAH HUSSAIN…masih di tangan saya (tak khatam-khatam lagi) ia menemani saya sebelum melelapkan mata, di dalam LRT dan di depan mata. Kesimpulannya, saya BOSAN dengan berita, muak dan jelik.

5 ulasan:

  1. I don't see apa yang you tak puas hati lagi ini...soonnn dalam masa enam bulan Anwar akan menggantikan Pak Lah. Kenapa Dhihah masih mau berhati walang. Sepatutnya korang semua gembira. Jangan bimbang babi-babi tu tidak akan dimangsakan. Ia tetap juga dijalankan. Barulah orang buka mata, PAS memang pandai bela babi, UMNO yang bodoh.

    Doa orang terinaya mustajab tau. Be happylah. Berdoa sahaja Dhihah, solat hajat banyak-banyak agar projek mega babi itu jadi kenyataan. Apa yang kamu mau sedih dengan provokasi akhbar Iblis tu?

    BalasPadam
  2. assalammualaikum,

    ...Ehh...sedih??..sape pulak kata saya sedih? Saya kata saya bosan, muak dan jelik...sape yang sedih sebenarnya ni?

    :)

    BalasPadam
  3. "Aku rindukan zaman kebangkitan
    Pabila nurani bersulamkan fikiran
    Seganding dan bersatu
    Lafaz niatku bertemu" - M.Nasir (Andalusia)

    Aku rindukan Umar Ibni Abdul Aziz...
    yang sentiasa rendah diri
    Namun, telah tiada ummat islam yang fakir untuk diberikan zakat di zamannya...

    Akan terbitlah panji-panji hitam dari Timur
    Yang pasti akan menjanjikan kemenangan bagi ummat islam...

    Dan tentera Imam Mahdi akan mara
    Peristiwa akhir zaman yang diberitakan oleh Nabi kita...

    Sama-samalah berdoa agar kita tergolong dalam ummatnya...
    Lalu dapat menepis fitnah dunia, fitnah ketika mati
    dan fitnah dajjal... Amin

    -Penjaga Warisan-

    BalasPadam
  4. off topic...

    salam ceria di hari sabtu ni..
    Yeye.. Akhirnya dpt gak pi pesta buku tu.. (^__^)
    moga2 kak mardihah sihat slalu n hepy2 slalu.. take care sis.. (^__^)

    BalasPadam