Pages

22 Julai 2008

Resepsi Diri


Gambar menarik ketika Seminar Haid & Nifas 19 Julai 2008



Owh, rasa seolah lama saya tidak menulis. Saya menyorot sebuah buku Life Is An Open Secret karya Zabrina Abu Bakar. Erm, menarik dan perjalanan dari dalam LRT ke Bandaraya membuka pandangan luas saya kepada erti kasih sayang kepada seorang ibu..."love your mother". Saya memetik penulisan beliau ;

No wonder Sophia Loren once said;

"A mother always has to think twice, once for herself and once for her child"

Saya teringat mak di rumah.....saya teringat mak cukup sentiasa mahukan anak-anak mak sentiasa bahagia dan wajah gembira mak menyaluti pemikiran saya. Ah..banyak juga perkara yang membuatkan saya rasa bahagia saat ini.

Hari bahagia nanti, wajah mak pasti paling gembira di dunia. Bila agaknya hari bahagia menyusul ?.....InsyaAllah.....

If you have your ticket bearer with you, go to her now. Kiss her hands, and make her happy. Stroke her face, and say you love her.
Go and fulfill your responsibility so that you may gain entrance to the only place we want to be for eternity. Paradise.....

Go....

Ada dua tiga perkara mahu saya kongsikan, barangkali dan boleh jadi bukan dua tiga perkara,

Saya belajar untuk membantu kawan dalam masalah, Timbul juga persoalan bagaimana kita mahu meminta hutang dari kawan rapat/sepupu sepapat/ jiran/ penghulu/kenalan dan sesiapa sahaja. Ye lah kan, kita beri pinjam duit, kita buat sesuatu untuk dijual, tapi duitnya tak dapat-dapat lagi..macam mana nak minta? SMS dah banyak kali, telefon dah berjuta kali...alahai..kadang-kadang jadi segan nak minta hutang pada orang...betul kan?

Nabi s.a.w bersabda :

"Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" Riwayat Muslim, 6/38)

Sila baca di sini

Erm, kesian saya pada Kak Saraa bila ada pelanggan nya tidak lagi menjelaskan hutang, jadi kami pun berfikir, bermsg dengan orang tersebut dengan penuh hikmah dan akhirnya mendapat jawapan yang mudah dan kami berjaya akhirnya. Tersenyum Kak Saraa.
Tapi memang susah dan payah untuk menjaga hati dan perasaan orang lain. Bila kita dah berjanji kena menepati...alamak, saya belum pulangkan barang Kak Saraa lagi...huhuhuhu.....

Jadi, kesimpulannya, bila berhutang jangan lupa bayar, jangan buat-buat lupa, jangan buat derk aje pada pemberi hutang...sian nanti terkebil-kebil nak minta duit balik...sekarang no hutang-hutang, sebab minyak dah naik, semua barang dah naik harga.....Bak kata Nabil
"Lu pikirlah sendiri.." hihihi...

Seminar Haid dan Nifas anjuran BNM berjalan dengan lancar dan sempurna. Saya merindui kesibukan saya sebegini. Saya juga merindui zaman perjuangan ilmu dan bersama sahabiah seperjuangan.

Isnin 21 Julai 2008, kami berbalas email mengucapkan tahniah, dan ini sebahagian email yang Dihah berikan kepada mereka.upsss!!

Minta maaf juga jika ada tersilap mahupun kekurangan yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas program. Minta halalkan ya, terkasar atau apa jua. (pengalaman lalu saya semasa selepas program, akan adakan muhasabah/post mortem) penting juga untuk kita kaji
apa yang perlu dan tak perlu kita buat untuk prgm akan datang. Saya rasa sedikit sangat yang saya bantu dan sedikit sangat yang buat....tp kepuasan jelas sebab kita berjaya menguruskan sesuatu dalam jangka masa yang "dikatakan kronik dari segi masa dan sebagainya, tapi kita berjaya akhirnya....." dan menuntut ramai untuk melakukan gerak kerja Islam. Perlu kita fahami bahawa kita adalah mata-mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w. dengan sedikit program ini
membantu amal jariah kita dan ilmu dapat diperkembangkan dan membuatkan ramai tertarik kepada mesej ISLAM sendiri. Bahkan kita membuka ruang-ruang ilmu untuk ramai pihak.

Terima kasih atas setiap pengalaman dan sesungguhnya menjadi pimpinan adalah atas diri sendiri, dan keyakinan memimpin semestinya ada dalam diri setiap hamba Allah.InsyaAllah.

To Kak Rok (Mak Mertua..ahaks.....) thanks sudi-sudi bantu kami semua. sayang selalu....
Kak Ita & Kak Wan Noorium - salam perkenalan lebih erat . Gerak kerja yang efisyen dan bagus....
Kak Wanhasrina - Akak memang baik sangat..nanti dapat baby, kita bolehlah g jenguk-jenguk...hehehe
Kak Ashida - sweet kakak yang ringan tulang..rajin bekerja
Kak Azlina - pun sweet kakak...yang hepeningkan diri walau nampak stress..(co-ordinator yang takat ni saya bleh bagi 4 bintang..cayalah) Banyak idea dan sentiasa cool!
Kak Azah- Kakak yang nampak tegas tapi sebenarnya sensitif dari dalam, Well, sebenarnya pengalaman saya dahulu, ~memang bukan mudah menjadi pimpinan tetapi menjadi pimpinan sebenarnya satu lambang bahawa Allah mahu kita menguji diri dan sentiasa mahu kita tahu
kita telah dilantik menjadi pimpinan...Allah mengangkat kita untuk menjadi pimpinan ,..........~

Erm, banyak yang saya belajar minggu sudah...banyak mengajar saya, paling penting senyum selalu dan sentiasa membuka ruang kepada diri untuk melakukan kerja/ibadah lebih baik dari hari-hari sudah.

8 ulasan:

  1. Salam...

    Baca artikel nie teringat pengorbanan, jerih payah dan kesungguhan arwah ibu akak yg membesarkan kami adik beradik walaupun tanpa suami disisi. Rindu yg sangat mendalam buat seorang ibu...

    BalasPadam
  2. tinta beli buku tu 3 biji. satu utk diri sndri 2 lagi hadiah pada teman2... :)

    BalasPadam
  3. canteknya dewan! ahaks. dihah ke yg snap gamba2 lam dewan tu? nice shot :D [sori, komen takde kaitan] :p

    BalasPadam
  4. Salam,

    Hidup ini kita habiskan dengan belajar - mencari ilmu. Di hujung ilmu ada kurniaNya.

    BalasPadam
  5. salam...dah sampai seru ker?

    BalasPadam
  6. iyer la dihah....

    kadang2 kita plak jadi segan nak mintak hutang...hmmm

    BalasPadam
  7. Salam..
    Patutnya ada hak kan nak mintak semula hutang tapi segan nak mintak banyak kali.. nape yea?

    BalasPadam
  8. salam,

    akak, betul kan, pengorbanan ibu ayah sungguh luar biasa...

    tinta,untuk dihah ke buku tu? meh lah hantar sini..:)

    diya,memang dewan cantik..dihah yang snap gambar-gambar tu semua..nice shot...wah leh jadi photographer..:)

    bunga rampai,terima kasih dengan nasihat..insyaAllah

    arsaili,sampai seru? seru mana ni? hehehe

    13May,iyelah kan...susah nak minta hutang kita semula...kenapa erk...?sebab kita baik hati kot..huhuh

    purpleheart,
    ermmm...nape yer? huhhhhhuhuhuhuhu

    BalasPadam