Pages

25 September 2008

SALAM AIDILFITRI

Dihah tersenyum mendapat duit raya,
Jemputlah datang ke Melaka,
Hari Raya disambut seadanya,
Kasih sayang bersemi selamanya.

Daun ketupat dianyam cantik,
Tersenyum Dihah pada si teruna,
Lemang dihidang bersama rendang itik,
Selamat Hari Raya untuk semua

Sungguh manis si anak dara,
Berjalan-jalan bersama keluarga,
Berhati-hati di jalan raya,
Pohon kemaafan untuk semua.

Salam Aidilfitri untuk semua peminat setia
http://mardihah.blogspot.com

Salam Kasih Sayang,
Mardihah

7 ulasan:

  1. salam kehidupan,

    salam sejahtera kata diawali
    indah bunyinya menikam hati
    salam aidilfitri ucapan diberi
    moga kemenangan milik diri

    xtau berpantun2 la...

    BalasPadam
  2. salam.. selamat hari raya...
    makan nasi berkuahkan kari,
    makan bersama kawan dan teman,
    nak ucap salam aidilfitri,
    semoga disambut dgn senyuman..

    BalasPadam
  3. wah. kena balas ngan pantun jugak ke ni dihah. diya tak reti ah. huhu. diya bls mcm biasa jelah ye.

    selamat hari raya dihah :D

    BalasPadam
  4. Salam Dihah...

    Akak ingin mengambil kesempatan nie utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri & ingin mohon maaf andai ada salah & silap samada yg akak sedari maupun tidak...

    BalasPadam
  5. Salam Aidilfitri :)

    Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
  6. salam aidilfitri..
    maaf zahir batin

    BalasPadam
  7. wah.....ucapan selamat hari raya untuk semua juga ya..:0

    BalasPadam