Pages

22 Oktober 2008

Bagai Kaca Terhempas ke Batu

Saya rindu mahu menulis. Barangkali kerinduan ini perlu kepada bentuk kesabaran. Yang banyak dan berganda. Bulan Disember saya nantikan sepenuh jiwa. Gerimis tidak akan berhenti, dan panas akan tetap memenuhi ruang hari-hari. Hujan akan tetap menyimbahi bumi. Malam akan bersinar dengan bintang-bintang. Jadual produksi bakal dan tetap akan menjelma dan doakan ia menjadi nyata. Sungguhkah? Mimpi bukan lagi, tetapi ia benar belaka...

Saya membuka laman Saiful Islam.com. Beliau menterjemah isu bahasa ;kelihatan sungguh mesra alam di dalam blog mahupun sms
Contoh ayat mesra alam yang dapat saya berikan ;

'sy ingt nak wat keje dulu lah.'
'korang sume, ingt x bile kiter last jump?'
'sy syg kat awk cam ne sy syg kan kucing sy..btl..x tipu..sumpah!.'
'eh, korang dah mkan keee? bkn pe, nak jempt mkn, kat cn nye mknan dah ckup2ler...pot luck bhgn sana ada lg ke?'

Saya akui, memang bahasa sms akan mempengaruhi gaya bahasa mahupun ketika ramai di antara kita menulis untuk blog masing-masing. Ia mungkin dikatakan mudah dan senang juga menjimatkan idea dan masa.
Adakah ia menggambarkan "bahasa jiwa bangsa"? Menuntut dari itu, saya terpanggil juga dengan cara dan gaya saya menulis yang banyak
terarah kepada jiwa novel dan gaya bahasa bersahaja yang memudahkan kalian memahami penyampaian dengan mudah.
Sesekali menyelitkan gaya bersahaja, itu tidak menjadi masalah, tetapi apabila setiap ayat dan perenggan kalian diterjemah dalam gaya sms
ia nampak seolah kita semakin tidak mempedulikan lagi bahasa ibunda kita.

Tepuk dada tanya selera.

Tetapi tajwid bahasa Dihah pun terabur juga...hehe...ada 'di' didekat dan dijauhkan. Selain blog menjadi sasaran kita berkongsi sesuatu, ia juga boleh menjadikan kita insan berilmu dengan tatabahasa penuh murni. Blog juga mengajar kita dan menjadi medium untuk kita menulis yang baik dan menjadi lebih terbaik.
Mana tahu, bakal menjadi penulis terkenal...
Saya merencana, ia juga menjadi impian saya..ya, menulis dengan baik dan sentiasa mahu menjadi yang lebih terbaik. Mudah-mudahan.

7 ulasan:

  1. mari ler sama-sma kita berlatih ek (see, banyak mistakes gaks kan.. ahaks)

    BalasPadam
  2. aku dah tak berapa reti nak menulis... tulis pat lima line, mesti lenguh tangan... ekekeke...

    BalasPadam
  3. Ha ha...kak tie lagi teruk laa..memang suka hentam2 je..malas nak formal sangat ni..nak rehatkan minda sambil merapu sana sini. Hidup kak tie agak tertekan (walaupun tidak teruk)kerana tugas suri tak seindah mana. Dengan kerenah anak2,pengurusan rumah yg kadangkala tidak mendapat kerjasama, so dgn berblogging dapat mengurangkan sedikit stress. Kalau menulis pun kena terlalu berhati2, rasa2nya baik tak payah buat. Hi hi...

    BalasPadam
  4. Betul, bahasa jiwa bangsa.. kadang-kadang perasan gak, ada yang dari awal sampai akhir tak bernoktah. Tak pe la, janji boleh paham, hehehehe...

    BalasPadam
  5. saya pun geram jugak tengok org hegeh2 dok perosak bahasa ni.
    Walaupun kurang betul berbahasa, tapi sekurang-kurangnya jangan pelingkup bahasa kita...

    hehe,
    bayu tetap perjuang 'bahasa' kedah

    BalasPadam
  6. salam.. saya bersetuju sangt.. bahasa juwa bangsa.. mungkin bukan sahaja dari segi penulisan tapi percakapan juga.. semua terletak atas diri kita sendiri.. tepuk dada tanya selera.. tpi jgn tanya selera makan cukup.. heheheh lawak ja...

    BalasPadam
  7. Salam..
    minta maaf ler..akak memang tak boleh baca tulisan sms ni..merangkak bila baca..jadi tak
    ada penghayatan.

    p/s; seronok sebenarnya menulis dengan bahasa yang sempurna..suka bergaya bahasa..

    BalasPadam

Kiss The Rain