Pages

29 Oktober 2008

Cinta Bukan Biasa




PROLOG

Cerita ini bermula lewat dari karangan saya. Seharusnya dipublish semalam, tetapi atas sebab yang tertentu, mencari ilham
dan berkarang juga mengulang kembali. Akhirnya lewat. Fikiran saya asyik tertumpu kepada pengolahan cerita ini. Meski mudah tetapi saya
mahu memberikan yang terbaik untuk kesinambungan kisah ini.
Ini kisah biasa sahaja. Kisah saya, dan rakan-rakan sekalian. Kisah Sya, Kak Long dan Laily....kisah kami bertemu dan memulakan cerita.
Cerita yang ada pelanginya. Warna dan warninya. Adakala ia menyinggah hati dan naluri. Tapi ia biasa sahaja. Dan ia akan serupa dengan cerita antara kita semua. Biasa..tapi ia penuh luar biasa.

I

Selamat Pengantin Baru untuk Azrina Binti Yahya dan pasangannya Mohd Yazid Bin Abu Said. Semoga bahagia, kekal ke anak cucu. Emmm..Azrina sudah jadi isteri orang akhirnya. Alhamdulilah. Bahagia dan murni suasana. Wahh......Mereka sedondon berbaju hijau muda. Kak Long, Sue, Dila, Naimah, Mak Wan, Di & suami (Di ceria dan baby dalam perut khabarnya bulan 12 akan melahirkan) katanya juga, sebab nak jaga hati suami kenalah pulang awal, kalau tidak, 3 hari 3 malam pun tak cukup melayan sahabiah), Kak Azlin merangkap kakak sulung Azrina & suaminya Abang Ed, Kak Niza, Harith, Azarul dan semua sahabiah juga sahabat yang hadir menceriakan suasana. Kami doakan mereka bahagia ke anak cucu dan jodoh kekal ke akhir hayat. Terima kasih untuk Sue yang berpenat lelah kerana kami; Kak Long & Dihah, Sue menghantar kami ke stesen bas Bahau kerana selepas menghadiri majlis walimah, kami akan terus ke Johor Bahru. Risau juga tidak sempat mengejar bas jam 3.00 petang, namun masa menuruti kami dengan mesra sekali.

Selamat Pengantin Baru.

II

Sungguh luar biasa pemandangan di sini. Johor Bahru menggamit. Luar biasa kerana pertemuan kami berempat selepas hampir 5 tahun tidak berkumpul bersama. Masa sebenarnya menentukan pertemuan ini. 26 Oktober 2008. Titiknya dan akhirnya terpancar kerinduan.

Sya - seorang yang kelam kabut. Penuh misteri persoalan hatinya. Lantaran di usia kami 25 tahun, dia masih kuat menghadapi sakitnya. Lancar berbicara dan becok kadangkala. Saya tertawa mengenangkannya...Mohon rezeki yang banyak untuknya kerana menumpang di rumahnya juga menumpang keretanya. Sya redup sahaja. Wajah putih melepak dan sudah berisi sedikit. Ternyata dia gembira dengan penambahan badannya. Soal hatinya, tiada siapa menjangka. Air matanya jatuh pagi itu lantaran kisah 7 tahun penuh azimat disimpan di hati. Perempuan, barangkali terlalu sayang dan setia menanti. Benarkah. Allah mengadili. Kerja Tuhan Siapa Tahu? Saya menyimpan kisah mereka yang tersendiri. Biar saya tahu sebalik semua ini.

Kak Long - Yang diam dan menuruti kisah. Dihah akan memulakan bicara dan langkah seterusnya dia akan sama meluah kata. Serupa dengan wajah Dihah. Adakala ramai tertipu...'emm..eh..ni Dihah ke Kak Long?'kenapa Dihah dah berisi? ehh..ni Kak Longlah.....' jerit Laily di depan Dunkin Donut. Dia juga tertipu. Nasib baik bukan kembar seiras. Kami berpelukan erat. Tertawa mesra. Sungguh....saya memandang Laily...ya..dia nyata berubah, fizikal dan mental (tembam dan comel juga gayanya)...namun, hati dan jiwa kami masih membara kerana persahabatan dan islam. Kak Long sudah nyata mengetahui banyak isi hati ini. Isi hatinya bagaimana pula ? Kita merencanakan kisah nanti ya. Kita akan berkongsi rasa dan cinta. Saya senyum penuh mesra. Kak Long suka posing-posing depan kamera. hi hi hi.

Laily - sukar saya jangka kisah diri juga cintanya. Bagaimana meraikan cinta penuh murni kepada Ilahi ya Laily? Menjejaknya penuh kisah di jiwa. Kesibukan kerja dan lantaran tidak sempat berjumpa. Saya akui padanya dan teman semua. Makin berisi dan comel juga manja. Keletahnya masih sama. Suka mengusik saya yang katanya berdarah manis. Ahh...ada-ada sahaja. Bergambar mesra dan sesekali meraup kerinduan di hati. Petah saya menasihatinya tentang kerjaya dan masa depannya. Kami berbicara dan destinasi di sini kami luangkan sepenuh masa. Laily, merencana masa depan bukan untuk sehari dua, tetapi hidup ke akhirnya. Kita percaya pada qada dan qadarnya. Hasilnya, indah atau sebaliknya; kita akan merasa. Masa akan berlalu dan akan berpanjangan.Kerinduan sudah terungkai dan kami menganyam dua hari sebaiknya bersama.

Dihah - saya tersenyum sahaja menanti kisah ini berpanjangan.

III

Selamat Pengantin Baru juga buat sahabiah tersayang Azalina Binti Yusop dengan pilihan hatinya Mohamad Iswandi Bin Sumari. Moga kekal ke anak cucu dan ke akhir hayat. Rona coklat dan krim menggamit kami. Sungguh, Kak Aza terharu. Menangis menatap kami. Berpelukan penuh gembira.
Air matanya menjadi tanda. Nasib baik belum touch-up. Seri wajah pengantin sungguh jelas di mata kami.

"Akak terharu...."

Wajahnya penuh gembira. Terkejut malahan tidak menyangka kehadiran kami yang datang jauh menjengahnya sebelum benar menjadi isteri. Kami masih akan bersahabat dan berkira-kira menghantar berita kelak.

Saya sempat berkisah sementara di dalam kereta.

" Dulu, kitorang mengejar tikus dalam bilik. Pukul 4.00 pagi, berperang kejar tikus. Terjerit-jerit dalam bilik kamsis. ..."

" Kalau dengar Dihah menyanyi je, Kak Aza sound...ha ha..zikir-zikir......"

Kami tertawa.

Penuh makna.

EPILOG

Senja yang cukup cantik. Kami menyaksikan. Matahari terbenam. Selat Tebrau menjadi saksi pertemuan. Lautan tenang. Todak kelihatan sungguh riang. Malam kami dengan kepenatan. Namun menyeronokkan.

Ya..memenatkan namun penuh luar biasa. Meriangkan diri dan menjelaskan maksud bahawa Allah menciptakan manusia dengan berbagai ketentuan qada dan qadarnya. Saya mencari diri kembali. Pernahkah rasa bahawa ini adalah hadiah kepada diri? Saya terasa bahagia. Dengan semua sahabiah yang ada. Secebis kasih dan sayang yang Allah cipta. Fikiran saya menjauh kepada Hanes, Umi dan Pa'ah yang jauh di utara. Memang jauh di utara namun dekat di hati. Bagaimana kalian di sana?
Penuh nostalgia dan kenangan.

4 ulasan:

  1. salam.... selamat melangsungkan perkahwinan bt kawan diah,,.. semoga jalinan bersahabatan akan tejalin sampai bila2..

    BalasPadam
  2. Tinta dengan adik beradik muka lain2...huhuhu...

    BalasPadam
  3. wah jangan ketemu drakula ya,
    darah manis diminatinya :)
    hehe...

    Selamat segala selamat buat dihah dan 'sahabiah'nya sekalian..

    BalasPadam
  4. salam..
    seronok mengimbau kenangan silam, bagai mahu diulang..gelak tawa memecah suasana bercerita dengan rasa gembira tanpa ada duka seolah-oah dunia kita yang punya.
    terasa sayu menyapa ingin duduk bersama berbicara semula tentang duka nesta berkongsi merungkai segala yang tersemat didada meleraikan remuk dijiwa agar tawa kembali semula.

    p/s: ingin sekali bertemu teman lama..

    BalasPadam