Pages

24 November 2008

Selembar Kisah

Dihah sudah dapatkan kebenaran publish gambar di blog ini. Amirul Mukminin tenang sahaja. Ibunya paling belakang sekali. Jangan salah orang ya! Pic Dihah memang tiada. Paling depan adalah kembar Dihah. Percaya? Kami memang serupa..?? Ya ke?

Amirul Mukminin

Sahabiah pasti ternanti-nanti karangan saya di sini. Hmm...susah sebenarnya melayangkan
jemari ke papan kekunci dan bagaimana boleh semua cerita dipaparkan...ia imaginasi dan halusinasi.
Seorang sahabiah bertanya ;

"Mana mu dapat idea ni?"

Saya tergelak kecil penuh muslihat. Barangkali kerana
gemar kepada penulisan dan hasil mak yang suka sangat membaca ketika mengandungkan Dihah. Hmmm...benarkah?
Anugerah Allah kepada setiap insan berlainan kan?

Sabtu, suasana pagi, dilingkari dengan perbincangan semua senior dan Alumni PC. Merangka perjalanan Liqa Mesra Alumni (LIMA)
Januari 2009 tahun hadapan. Selamat bertugas kepada kalian! Mari kita Raikan Cinta! Mari kita perjuangkan perjuangan kita.

Terima kasih tidak terhingga kepada Abang Sobri, belanja kami semua makan...nyum2, sedap sungguh. Kak Kartini, Sue, Kak Long, Dila, Ina menjamu selera sehingga saya berseloroh,

'Wah..Kak Kartini, tak nampak pun orang sebelah ya...cicah asam dengan ikan bakar tu, orang sebelah dia lupa...kemain lagi..lupa diri..huh!'
Kami ketawa serentak di dalam kereta apabila saya mengajukan ketidapuasan hati saya kepadanya akibat tidak merasa air asam yang nampak enaknyaaaaa.

Sahabat di meja sebelah juga menjamu dengan penuh nikmat.

Kami kemudian menjejaki Amirul Mukminin.

Comelnya. Putera sulung Kak Ina, namanya Amirul Mukminin!

Cinta sahabiah kami lahir juga ke dunia. Tahniah kepada Pn Salina Khalil dan suaminya, Encik Faiz. Kami berkunjung dan memaut cinta mereka jauh ke dalam hati. Besar sungguh keagungan Ilahi. Kecil dan comel sekali.

Terima kasih untuk Kak Kartini....2 hari Dihah yang sepi pada minggu lepas dibayar dengan qada yang sungguh meraihkan persahabatan. Kami memenuhi masa dan ada ketika berbual apa sahaja.

Kisah Cicak

Satu cerita menarik tentang kisah seekor cicak. Kak Long berkongsi dengan saya, sudi kiranya turut saya kongsikan dengan kalian juga. Saya kira ini isi kisah ketika Program "Berpaut Di Dahan Cinta". Ustaz Hasrizal yang lebih popular dengan laman SaifulIslam membentangkan cerita ini sehingga sahabiah saya terus bermotivasi. Padat dan penuh ilmu.

Ceritanya begini ;

Ada sekumpulan cicak, bertanding untuk memanjat pokok.
Hadiah akan diberikan kepada cicak yang mendaki ke puncak paling tinggi. Permulaan bermula. 2 ekor cicak jatuh. Penyertaan terbatal. Kemudian, seekor jatuh lagi kerana kepenatan. Penyokong bersorak dan memerli semua cicak berkenaan.

" Tak payah panjat tinggi-tinggi...nanti akan jatuh jugak....turun arrrrrrrr...hahahaha...boooooo...boooooooo..blah lah...turun..turun..."

Lama kelamaan semua cicak jatuh dan berpatah balik. Tetapi...

Ada seekor cicak yang selamat sampai ke puncak dan mendapat Grand Prize...wahhh...hebatnya cicak ini. Si cicak ini penuh gembira. Cicak lain bertanya. "Kenapa kamu tidak berpatah balik...?"

Cicak itu diam dan tiada respon. Owhhh..rupanya dia PEKAK. Bermakna dia tidak mendengar sebarang provokasi mahupun jeritan kawan-kawan untuk turun mengalah ke bawah dari memenangi pertandingan.

Dihah tertanya-tanya. Apakah di sebalik semua cerita ini. Kak Long lantas bercerita lagi.

Mari kita aplikasikan kisah ini kepada dua versi.

Satu - Sebelum berkahwin
Dua - Selepas be
rkahwin

Sebelum berkahwin, orang akan kata kita kolot, tidak up to-date, sebab tidak keluar dengan pakwe, tidak pegang tangan pakwe lah...sebab kita sebagai muslimah perlu jaga peribadi kita agar tidak melanggar peraturan Allah.

Selepas berkahwin, mari kita PEKAKkan telinga kita apabila orang bercakap, kita ini tidak malu, apabila keluar, berpegangan tangan, baju sedondon sahaja, akrab berpelukan pinggang, naik motor rapat-rapat. Kerana itu HALAL bagi kita, dan ia adalah untuk melahirkan keintiman dan kemesraan sepanjang perkahwinan kita.

Menarik bukan?

Saya tersenyum intim sekali.

p/s : Tahniah kepada Siti Sakina(Kak Ikin) & pasangannya Aidil. Selamat Pengantin Baru!!!!Kak Ikin tidak putus melayani dan ramah berbual. Walau pengantin terlalu sibuk, tetapi tetap menjiwai persahabatan kami. Terharu!


Manusia bukan sesiapa.
Seorang penyanyi jiwa tanpa suara, penari bebas gerak minda.
Tiada lirik tapi punya pencipta melodinya.
Hanya sebuah watak di pentas dunia. Salah satu dari ciptaan yang kuasa.
Infiniti @ Kita milik DIA.

10 ulasan:

  1. salam...
    semoga amirul akan menjadi seorang insan yang kuat dan dapat membangun agamanya sekuat namanya..

    BalasPadam
  2. ishh... ada ka ko dok posing ngan budak tengah tido... sian dak kecik tuh.. hahah...

    err... orang kita memang macam tu.. suka benar ikut apa yang orang kata... tak kira buruk baik dah...

    BalasPadam
  3. aku berkenan.....sungguh aku berkenan..cantik...ya, aku begitu tertarik dengannya...susunan katanya mengusik ruh sufi ku...

    rangkap terakhir di bawah image pengantin...mindaku teruja :)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum dihah - seronok baca dan ikuti seterusnya cerita disini : cerita cicak tu pernah saya tulis dalam blog saya.....saya kena TALK tajuk seakan sama - tapi viewnya berbeza : teen & love...sedkit2 matlumat disini saya akan gunakan....

    BalasPadam
  5. "Selepas berkahwin, mari kita PEKAKkan telinga kita apabila orang bercakap, kita ini tidak malu, apabila keluar, berpegangan tangan, baju sedondon sahaja, akrab berpelukan pinggang, naik motor rapat-rapat. Kerana itu HALAL bagi kita, dan ia adalah untuk melahirkan keintiman dan kemesraan sepanjang perkahwinan kita"

    Tak leh juga macam tu Dhihah. Perasaan kawan yang belum berkahwin kena kita jaga juga. Macam orang banyak Emas pakai gelang penuh lengan, bolehlah bayar zakat, bagi membayar rasa terkilan orang tak de gelang yang geram tengok gelang-gelang kita.

    Abeh kalau kawan kita terliurkan keintiman kita suami isteri, Dhihah sanggup ka he he he he...I'll leave it to your imaginationlah ha ha ha.

    I terus terang tak sanggup. Ko kata Payung Emas???...who cares?

    Tapi kalu naik motor okla kut, memang kena rapat-rapat dan peluk-peluk pun, takut nanti jatuh.

    BalasPadam
  6. Tepuk dada tanya selera...keintiman suami dan isteri itu kita yang berkahwin sahaja meraikannya.
    it's not my imigination. habes tu, u want to story what u doing n bla bla bla bla...jika kawan terliurkan keintiman kita..suruh aje dia kawen...

    kalau yg belum kawen pegang2, peluk2 dalam LRT, awak terliur jugak ke? kes naya ni...it's my assumption..bukan awak sahaja...tpi orang lain juga.
    Apa pula yang tak boleh...kalau di barat, makin tua, makin mereka menyayangi. Malu ke nak pegang tangan suami atau isteri sendiri di khalayak ramai?

    Perasaan kawan yang belum berkahwin memang kita kena jaga. Tapi bila dah kahwin, saya boleh sahaja memegang tangan suami tika berjalan ka, kawan pelik ke?

    sekarang, benda halal jadi Pelik ka?

    BalasPadam
  7. mardhiah - hik hik......tapi bagus juga idea awak ni...suka panaskan jemari dihah...

    nyway,...thanks for baca n baca blog ini.awak kawan terbaru saya!

    BalasPadam
  8. Saya selalu ingat pesan ayah, kisah dalam kain tak leh cerita kat orang, walau macam kaw-kaw pun lawan kite tuh. Within 4 walls Top secrect. Tapi kalu dah masing-masing advertise barang masing-masing ada banyak baik, lepas tu sndiri sasau, sndri penasaran, sndri pi cari ubat, sndri mau ingatla ha ha ha.

    Kitelah yang menjual emasipasi diri, lepas tu kita komplen kita kehilangan privatsi, tak ke itu mengada-ngada nak kena cili namanya tu?

    BalasPadam
  9. memang nak kena cili..hik hik...soal dalam kain, tak kan nak citer..

    erm,,pokoknya kita balik kepada hubungan keintiman dengan Ilahi dahulu....mari kita raikan cinta!

    jazakallah

    BalasPadam