Pages

30 Disember 2008

1000 Makna

Salam Maal Hijrah 1430
kepada semua pembaca blog. Banyak yang saya belajar dan meladeni diri tahun ini.
Kesempatan teristimewa untuk Mak, Ayah, Payed, adik beradik yang susah hatinya melihat saya kerana demam panas. Terlantar
dan kemudian menjamah ubat yang payah untuk saya telan. Semoga ia memberi kekuatan kepada saya. Kali pertama, tidak sungguh saya jangka, punggung saya di suntik ubat dan lengan saya dicucuk untuk ujian darah. Terima kasih semua petugas Ampang Puteri Medical Centre.

Alhamdulilah, saya beransur sihat dan pulih. Ini demam saya yang tidak saya jangka. Sehingga terhoyong hayang dan mengundang
kerisauan mak juga ayah. Mujur tak masuk wad seminggu!

Terima kasih :
Kak Ashida, kerana kedegilan dirinya, saya masuk dan menjejaki Hospital. Kalau tidak, Dihah tidak tahu apa yang akan berlaku.
Kak Ieta, sentiasa bertanya kesihatan diri Dihah. Meski saya merasakan, banyak menyusahkan kalian semua.
Kak Rod : Jumaat, saya terfikirkan Accrual Year End sahaja...btw, bila Kak Rod call "take care!..laaaa..siannya, awak berjangkit dengan demam akak..rest ya.."

Payed : membawa kereta, bersama mak, ayah, dan Yan: mengambil Dihah balik ke kampung...hehe..susah-susah aja..
Mak : Air kelapa, daun bunga raya campur sedikit beras dan air sejuk, sapukan pada kepala dan keseluruhan badan. "Bagi sejuk sikit badan dan panas tu...'
Ayah : 'Makan ubat.... ubat macam ni pun takut nak makan...mana nak sihat....makan..'
Along juga Kak Long dan anak-anak buah comel : " Mak Yang tidur ye....Mak Yang demam...Mak Yang, Mak Yang..." Afrina masuk ke dalam bilik dan saya membalas senyumnya. Keletah mereka menghiburkan diri. Aiman, Irfan, Amar dan Athirah..mereka makin membesar.

Ia mengundang satu kisah dan pengalaman dalam meniti hari sebagai seorang anak. Ya, bila sakit sebegini, keprihatinan mereka
memberi satu undangan halus dalam jiwa. Ini yang dinamakan kasih sayang seorang mak dan ayah. Cuti Awal Muharam memberi rehat seribu makna dalam tahun 1429Hijrah. Memberi tahu diri tentang muhasabah diri, sakit, kenangan, cinta, persahabatan, kerjaya, keluarga dan segalanya.

Panas membara ini seolah menolak pembalasan kepada rejim Yahudi dan Israel terhadap semua penduduk Palestin yang digamit demam
peperangan dan erti kebebasan! Sungguh mereka kejam dan keji sekali! 26 Disember seolah Tsunami kepada semua penduduk Gaza. Doa itu saya panjangkan......

Selamat Menyambut Awal Muharam...

p/s : maafkan akak Hasuga, tak dapat ke Kuala Pilah meraikan hari istimewa kamu! Maafkan akak ya...
Aiman dengan jenama "world". Aiman senang sekali sebegini...
30 Zulhijjah, si hencem berlari masuk ke dalam rumah.
" Nengok kepala Aiman...."
" Ha..ha..ha...." tawa kami berderai.

8 ulasan:

  1. owh...ada sesuatu yg berlaku rupanya....eh, yg itu betol2 berlaku ke..atau......petikan manuskrip lagi? hehehe..

    gurau sis ;) Salam perjuangan di bada'a sanah jadid......

    Ehem: 2jan mlm aku bertolak ke kL da 3jan mlm kembali ke KT... bersama org baru :)

    BalasPadam
  2. Dihah ; semuga apa yg berlaku mampu menanjak diri kita setapak lagi kehadapan....kita tentunya ada pengalaman dan cerita berbeza dengan orang lain.Kita pernah sakit ! Nikmat sakit.

    Semuga tahun2 kehadapan kita diberikan kekuatan dan kemampuan diri untuk meletakkan diri diatas landasan yg betul berdasarkan asas yg kita pasti betul......

    BalasPadam
  3. Selamat sembuh... Alhamdulillah...

    Saya ada terdengar juga hari Jumaat hari tu... petangnya saya ke hospital kerana anak perlu rawatan... bila teringat ajak sekali isteri yang setuju ingin melawat saudari, tapi rupanya lain hospital...

    Salam Maal Hijrah...


    Haris Hauzah

    BalasPadam
  4. Dihah..kiter tahu hang demam pun hari sabtu. tu pun peah yang bagitahu... huhuhu... musim demam berjangkit arr skrg. Syukur gaks hang dah sihat n ceria. heheheheh

    Mungkin hang dok pk pasal accrual kot... ahaksss.... keje sampai biler pun takkan habis yerk... sabo la yerk...

    keje keje jugak. time rest..kena rest tau... hihihihi...

    BalasPadam
  5. anTusufi - bukan petikan manuskrip, tapi ini betul-betul terjadi..ke KL ke mana? jaga orang baru baik-baik ye...:) Dihah ke Genting hujung minggu ini...

    Jinggo - terima kasih atas doa dan setiap rangkap ayat memberi kata bermakna sekali. Salam Maal Hijrah..

    Haris Hauzah - Terima kasih atas doa......Salam Maal Hijrah, Jumaat saya sudah pulang ke kampung. Anaknya sakit juga ka? Smgo cepat sembuh ya si comel!

    Kikimikasa- maceh...hehe...dok pikir kerja jugak....betul kata kiki, kena rest. Bila kerja, kerja, bila rest kena rest cukup2....tp kadang-kadang letih membawa kepada sakit yg berpanjangan sepanjang tahun...
    Thanks..:)

    BalasPadam
  6. salam mardihah,
    ini merupakan kunjungan balas sebenarnya walaupun 'rumah' saya kini sudah berlainan.

    bercerita tentang sakit, saya teringat seseorang pernah mengatakan kepada saya waktu saya sakit suatu masa dulu, "tak mengapa, Tuhan sedang pandang kita..." dan itu memberi kesan besar pada diri saya.

    mudah-mudahan diha (boleh saya panggil begini?) benar-benar sembuh.
    wassalam.

    BalasPadam
  7. take care :)

    selamat bertahun baru!

    BalasPadam
  8. nisa' turun ke ganung ke nanti?

    BalasPadam