Pages

21 Januari 2009

Istimewa Untuk Kamu!

Gambar ini semasa kami ke Danga Bay, Johor Bahru. Sengaja saya gelapkan gambar. Maaf, tidak minta kebenaran publish gambar mu kat sini..jangan mara aaaaa...

Hari ini, hari lahir sahabiah tersayang.

Semoga beliau panjang umur, murah rezeki dan sentiasa gembira dengan setiap
kehidupan. Doa Dihah agar Lizawati sentiasa dalam perlindunganNya. Amin.

Selamat Hari Jadi.

Apa yang menarik, wajahnya seiras saya.
Seiras benar mata dan bibirnya. Paling kelakar dan geli hati,
bila saya ke kamsis(asrama) - ni cerita zaman dulu-dulu ya-...

" Eh..Kak Liza......"

Saya berpaling, dah sah...salah orang lagi ni.

" Bukan..ni Kak Dihah lahh...." saya ketawa mesra
" Ye ke kak....?"

Situasi lain..

" Adik beradik ek...?"

Kami berdua berpandangan serentak...

" Iyolah...kami adik beradik...lain mak lain ayahnya..." saya menjawab spontan.
Tukang kasut itu terus perhatikan kami.

" Erm....dia ni adik saya.." ucap saya perlahan. Namun mengiyakan yang kami memang seakan serupa. Kami ketawa seronok.

Paling penting, dia adalah kembar saya. Kawan saya, sahabiah saya dan sesekali menjadi adik juga kakak kepada saya.

Cuma..

Keakraban itu sering kali dipisahkan dengan

Jauh

Segan

Hati sahaja mampu berkata-kata.

Dia sering mendewasakan diri saya. Diamnya adalah banyak fikirnya.
Doa saya ; semoga dia sentiasa riang dan gembira. Impiannya semoga menjadi nyata!Cita-cita, Cinta, Keluarga, Kerjaya sealir dengan jiwanya.........

6 ulasan:

  1. sahabat masa menangis sukar dicari .. kannns

    BalasPadam
  2. kembar lain mak lain bapak ya :)

    hepi besday buat sahabat itu

    BalasPadam
  3. akak pun ada kawan camni....
    memang seiras, rapat pula.... kawan2 lain selalu keliru...
    cuma akak specky...dan rendah skit...
    berkawan dr sekolah, matriks, Uni, maktab dan alhamdulillah masih berhubung sampai skrg.... para suami pun dh jadi besfren....
    ~semalam bday dia...~

    BalasPadam
  4. aperhal kat opis gua plak jadi kembar lu? kalau lu cuti mesti boss tak kasi gua cuti.

    BalasPadam
  5. orang kata kita ni ada 7 orang yg se iras... betul ke..

    BalasPadam