Pages

23 Januari 2009

Kantoi!


Banyak perkataan baharu yang saya jumpa semenjak ini dan semenjak-semenjak dahulu lagi.
Saya sendiri tidak tahu apakah kepentingan penggunaannya kepada kita seisi alam.
Mari kita lihat beberapa ayat yang diistilahkan tiada dalam kamus dewan tetapi ada
dalam perbualan harian kita....

Poyo, cikai, usha, skodeng, kantoi, sengal (saya rasa perkataan ini ada maksudnya),
slumber (kamus Dwibahasa Oxford jawab - tidur), slumberer - orang yang tidur,
bajet-bajet hencem, koya, tibai, kerek, sekodeng, selebet, merembat dan banyak lagi.
Dihah rasa ada banyak perkataan budak-budak remaja zaman sekarang ni yang pelik-pelik bunyinya.
Mungkin ada antara kita yang perasan dan tidak...

Perkataan ini selalu kita gunakan dalam bahasa seharian kita yang kadangkala kita tidak perasan kekerapan dan
mulut kita akan rasa sedap je nak cakap...hehehe. Betul tak...?

Saya suka respon dengan satu perkataan iaitu ; 'kantoi'

Saya mendapat satu sms ringkas dari seorang adik.

Katanya....

" Hehehehe..akak dah kantoi..."

Saya tertawa geli hati....

p/s : apa maksud kantoi ya?
Ahlan Wa Sahlan kepada semua Alumni PC ke Port Dickson Ahad & Isnin ini. Jumpa di sana ya!
Bulan Januari ini ramai juga sahabat dan sahabiah saya meraikan Hari Jadinya...bertambah usia dan kematangan antara kita. Semoga hari ini, sahabat lama saya yang jauh itu, bertambah bahagia dan sentiasa ceria-ceria sahaja...Selamat Hari Jadi ya!!....Pesan saya padanya
'Bila mahu kawinnn?...'

9 ulasan:

  1. kadang-kadang maksu pun terkantoi, ahaks

    BalasPadam
  2. kantoi tu mcm lu kena ari tu laa. contoh ayat "dihah kantoi apabila dia masih belum menyiapkan recon stack"

    BalasPadam
  3. salam...

    masa zaman sekolah dulu suka gak guna perkataan macam tu... tapi bila dah kawin dok bergelumang dengan anak-anak tak kanlah nak guna bahasa-bahasa macam tu...

    p/s: kekadang kat blog dia orang tulis pun tak berapa nak paham

    BalasPadam
  4. mak su - hihhihi...kadang2 kita tak perasan pun...

    apei - eh, bukan ke hang ye tak siapkan recorn stack lagi? eleh!

    naz ilyn - zaman sekolah memang kita selalu guna, sekarang bila cakap2 dengan kawan2 biasa ke, selalu juga gunakan perkataan tu...:)

    BalasPadam
  5. salam kehidupan,

    bukankah bahasa melambangkan bangsa?...

    BalasPadam
  6. heheheh.....akak kantoi

    BalasPadam
  7. kalau peribahasa, perumpamaan di kata hasil kerja orang2 tua dulu.. tak tau zaman bila dan siapa2kah mereka ini.. tapi di masa depan orang mungkin akan berkata.. perkataan yg mardihah sebut tu hasil kerja orang orang muda zalam dulu hehe

    BalasPadam
  8. cermin diri - erm, betul juga ya, bahasa melambangkan bangsa sesebuah kaum itu..

    kelisa - akak kantoi ka? dok eh.....bila pulak akak kantoi...hihi

    zino - hasil krja orang muda yang kadang-kadang membanggakan semua...hik hik...

    BalasPadam
  9. ermm.. kantoi tu basically benda2 yang unexpected berlaku.. yang tak disangka2.. misal nya.. terkeluar angin di dalam lif.. dengan keaadan bunyi yang mengerikan..dan diikuti dgn bau2 yang amat memeritkan.. ternyata pengunaan kantoi adalah bersesuaian pada saat ni.. selepas tu anda memberitahu rakan anda dengan bercakap " wehh aku dah kantoi kentut dalam lif"

    Thanks coz sudi menziarah.. salam kenal

    BalasPadam