Pages

30 September 2009

Satu Hari Di Bagan Pinang




“Mak tak rela…” Kak Nab muncung sedepa.

“Kenapa pula emak ini? Tadi baik sahaja mood nya..” si anak dara meneliti wajah emak kesayangan. Masak lemak daging salai dengan pisang menambah seleranya. Benar-benar menggugat dietnya.

“Calon baru. Muka lama. Veteran. Isk, emak penat melobi calon muda . Tapi yang adiambil adalah calon si kisah lampau melampau-lampau juga menjadi pilihan..”

“Sebab rakyat didahulukan. Jika rakyat inginkan..apa kita boleh buat emak. Sudah-sudah...sedapnya lauk mak...nyum-nyum...mari kita makan..” anak daranya mencedok nasi.

Emak sudah mencebik. “Che Det sudah bilang beberapa kali..dia tidak seharusnya menjadi calon. UMNO masih kekalkan calon yang ada politik wang...” emak mengesat hingusnya yang meleleh. Aiseh. Potong stim sahaja mahu makan masak lemak. Tekaknya rasa ingin termuntah.

“Alahai Bagan Pinang...harap-harap menang...” emak mengambil tisu dan menghembus hingusnya.

Si anak dara memandang emaknya.

“Emak... saya hendak makan ni! Jangan lah menangis pasal Pak Iso Samud tu...huh!! Cepat. Sekejap lagi mahu beraya rumah bakal besan emak..” dia tersengih-sengih manja. Terbayang janggut hensem bakal suaminya. Adus.....tergedik-gedik dia di depan meja. Masak lemak daging salai berdendang-dendang keriangan.

4 ulasan:

  1. macamlah tak ada orang lain nak di calunkan......he...
    jom kita berkampung disana...

    BalasPadam
  2. janggut aku ok tak?

    BalasPadam
  3. lahaiiii... sayang benor ngan amnu ye... :P

    BalasPadam
  4. seb bek maksu bukan orang nogori.. opps! ala ala dah tukar warganegara plaks ;)

    BalasPadam