Pages

27 Mei 2011

Saat yang bahagia

Teman tapi mesra saya!





Alhamdulillah,

Itu yang saya simpulkan selepas selesai memberikan tajuk novel ketiga kepada editor. Paling bahagia tajuk novel berkenaan dipersetujui pula oleh editor! Yeah!

Apabila editor perolehan PTS Litera, SMS saya mengenai perihal manuskrip yang akan dihantar untuk pruf dan berjanjian saya jadi hairan…lajunya mereka bekerja. Ataupun mungkin saya dihimpit dengan kesibukan dan diam tak diam masa berjalan dengan sebegitu pantas sekali! Tup tap, SMS bertandang!

Dulu, ketika Lukisan Jiwa dan Andai Gerimis Berhenti, asyik sahaja saya mengira hari dan detik yang berlalu. Asyik-asyik bertanyakan editor sehingga saya rasa editor mesti marah dengan sikap saya. Betul juga kata sesetengah orang, buku pertama, anak pertama kita, bagaikan sesuatu yang penuh dengan jiwa!

Jangan lupa juga tajuk novel ya! Pesan lagi editor tabah itu. Alahai, dan ketika saya sedang sibuk bekerja ditambah dengan ramai kawan-kawan yang sedang berkursus. Tak menang tangan saya! Memang saya sudah senaraikan 22 tajuk. 22 tajuk tuuuu…..! Kesemua tajuk saya senaraikan ketika sama-sama menonton televisyen dengan suami. Adakala turut sama menjengah ketika saya sedang memandu.

Ajaibnya, ketika mahu segera menghantar emel, satu tajuk lantas terlintas dan terus sahaja saya senaraikan dan memasukkan tajuk berkenaan di tempat yang pertama.

SMS kemudian dihantar oleh editor. “Saya sudah pilih tajuk, Alhamdulillah.”

“Apa tajuknya?”

“……….” *saya rahsiakan sehingga kavernya dan segalanya siap di tangan editor. Sebenarnya tak sabar mahu umumkan satu dunia mengenai tajuk novel ketiga ini. Haih..tak sabarnya saya!

“Oh, saya sudah agak! Itu tajuk terlintas di fikiran pada saat-saat akhir. Terima kasih ya.”

“Sama-sama kasih.” SMS saya dibalas dengan penuh jiwa.

Saya pula tersenyum-senyum seorang diri! Ini namanya mabuk dan cinta kepayang! hahaha

Sekarang ini, apa perasaan saya? Ohh…rasa baru makan dengan kenyangnya, mandi dengan basahnya dan boleh tersenyum sampai telinga dan tidak lagi setiap masa asyik sahaja mulut dan minda ini mencari idea. Encik abang juga tak menjadi mangsa, “tolonglah bagi ilham ni! Bagi tajuk yang sejuk-sejuk sikit dan mengancam jiwa!”.

Ketika ini, saya tak sabar menerima manuskrip untuk diprufkan. Saya mahu habiskan masa saya seminggu ini dengan penuh hati dan perasaan. Sungguh, jika diberi pilihan saya mahu sebenarnya menulis sepenuh masa, mahu duduk di rumah sahaja tanpa penghawa dingin yang selalu menyebabkan saya demam dan tekanan yang sedang melanda perasaan. Saya mahu menulis sepuas hati saya. Adakala apabila terpandangkan komputer riba yang tidak terusik selama sebulan itu, membuatkan saya benar rasa bersalah! Sungguh sebenarnya saya bersalah pada diri kerana meninggalkan kepuasan diri ini!



Ingat lagi tragedi si jari manis? Ini ketika jari manis saya membengkak. Hari pertama kejadian!


Okey alls! Nanti saya tulis lagi ya! Seminggu ini saya akan duduk membuat pruf pada manuskrip ketiga ini. Doakan saya dan baby ketiga ini pastinya lebih umpph dan mengancam sanubari semua pembaca. Insya-Allah. Ada sesuatu pelajaran dan pengertian di dalamnya untuk semua pembaca.

Untuk semua yang bertanya bila sambungan Andai Gerimis Berhenti..bila? bila? bila? haaaaa……nantikan ya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambil komen dengan senyuman empat belas juta.
Lebiuuu kamu semua banyak-banyak!

Kiss The Rain