Pages

27 September 2011

Mr Pai Epal - Bab 1


Mr Pai Epal bab 1. Tak sama macam dalam novel ya. Saya memang dah rombak banyak. 
Sebab versi e-novel nampak macam mengarut sikit awal-awal bab. Ha ha. Tak sama jangan marah tau. Sayang semua 14 juta. ;)



***

“Kak long, bangunlah oi. Nanti kak long lewat pergi temuduga. Fatin dan ibu dah buatkan sarapan ni. Bangunlah kak!” Ketukan pintu oleh Fatin tidak mematahkan impianku untuk meneruskan misi membawa mimpi ini ke alam nyata. Aku tarik selimut dan bermimpi lagi. Seronok sungguh bermimpi berkahwin dengan anak raja. Oh, bukan. Rasanya lelaki tadi bukan anak raja. Anak peniaga pasar malam rasanya. Erm, anak peniaga pasar malam tak banyak duit. Nanti penatlah badan sebab kena membantu mertua berniaga di pasar malam. Mataku bergerak-gerak lagi. Tersengih macam kerang busuk.

Hoi, anak peniaga pasar malam pun kaya raya okey?

“Kak long. Bangunlah!” Fatin menjerit lagi.

Aku terus membulatkan mata. Cepat-cepat menolak selimut dan melihat jam di dinding. Terkebil-kebil aku memerhatikan jam berkenaan. Memang jika aku datang bulan maka aku akan lewat bangun dari tidur. Tetapi kali ini, lewatnya akan membuatkan ibu marah dan aku akan lambat untuk temuduga lagi. Argh!

 Aku pantas meloncat. Bagaikan kilat.

Aku menolak pintu bilik air dengan terhoyong hayang dan terpisat-pisat. Mimpi tadi benar-benar berbekas di jiwaku. Sempat pula aku tersengih-sengih macam kerang busuk. Aku pantas masuk ke dalam bilik air dan memberus gigi. Membuka baju dan mandi secara ala kadar. Ah, tidak akan sesiapa tahu aku mandi secara mandi P. Ramlee hari ini.

Aku menyiram air ke tubuh badan sambil mata terkebil-kebil mengingatkan yang aku ada temuduga untuk kali ke 13. Gila kentang betul. Ibu sudah menggelengkan kepala kerana sudah banyak temuduga yang aku harungi dan masih belum berjaya juga aku perolehi. Selesai mandi, aku bergegas mencari baju yang sudah diiron oleh Fatin malam tadi. Balik dari stesen minyak malam tadi sudahlah lewat, maka Fatin juga yang menjadi mangsa menggosok baju milikku.

“Kak long, cepatlah. Ibu dah panggil tu. Lambat betullah kak long ni. Kak long kan nak pergi temuduga lagi hari ni !” Fatin menjerit lagi. Bunyi dia mendengus dan hentakan kakinya turun dari tangga membingitkan telinga.

“Okey, lima minit.” Aku pantas mencari beg galas, fail yang enak di atas kerusi aku ambil dan tangan kiriku pantas mengambil lipice di atas meja solek dan aku calitkan sedikit di bibir. Sekejapan aku turun ke ruang tamu.

“Cepat sikit Yaya. Ibu rasa macam nak hujan saja. Yaya kan akan temuduga lagi hari ni. Ibu doakan Yaya tenang jawab semua soalan penemuduga. ” Ibu mengusap lembut ubun-ubunku. Lantas mengucup perlahan dahiku. Mata ibu yang ‘gelap ‘ semenjak kemalangan beberapa tahun dahulu aku tenung. Sungguh, dalam keadaan mata ibu yang buta, ibu masih mampu membuat kerja rumah dibantu oleh Kak Hamidah yang akan datang ke rumah setiap hari. Gaji menjadi cashier setiap bulan di stesen minyak secara sampingan sudah cukup untuk membayar gaji Kak Hamidah yang banyak membantu. Untuk ibu aku rela bersusah payah. Untuk Fatin pula aku sanggup bergadai nyawa! Aku harus mencari rezeki yang lebih untuk keperluan rumah kami. Aku anak sulung yang bertanggungjawab. Aku ini ayah kepada Fatin. Kakak kepada Fatin dan anak yang akan berkorban apa sahaja demi keluarga.

Fatin memandang aku. “Good Luck, kak long.” Dia kenyitkan mata. Kami ketawa mesra. Roti yang ibu bekalkan aku sumbat ke dalam beg galasku. Kaki pantas berjalan. Helmet aku sambar dan aku memandang Fatin, “Study elok-elok. Jangan nakal-nakal ya.”

Senyuman Fatin sudah cukup membuatkan aku bahagia. Aku pandang ibu yang dibawa perlahan Fatin di anjung pintu. Aku terus menyarung kasut dan memakai helmet. Bersiap sedia untuk membawa skuterku dan memecut di atas jalan raya. Skuter comelku, Miss MJ Ungu lantas menderu perlahan di atas jalan raya. Aku tinggalkan ibu dan Fatin yang setia melambai-lambai. Dari cermin pandang belakang aku perhati wajah ibu dan Fatin. Mereka buah hati pengarang jantung Yaya.

***

Hujan.

Ia memberikan banyak rasa dalam jiwaku. Menurut cikgu Adila, hujan itu memberi rezeki. Tanda kebesaran Ilahi. Ia memberi nikmat kepada semua manusia, alam dan tumbuh-tumbuhan. Hujan makin melebat dan kaki seluarku sudah kebasahan akibat hujan. Aku berlari-lari anak menuju ke sebuah perhentian bas. Tiga orang pemuda dan dua orang gadis turut sama berteduh dari hujan. Kami berpandang-pandangan. Meraikan kedatangan aku bersama mereka dalam hujan yang kian melebat.

Tapi hujan hari ini bukan memberikan nikmat kepada aku. Bukan juga memberikan rezeki untuk aku, ibu dan Fatin. Aku pantas duduk perlahan di atas kerusi berwarna coklat. Mengawal pernafasan selepas berlari di dalam hujan. Memang penat. Aku mengetap bibir dan fail berisi kertas-kertas penting di tangan aku peluk melekap ke dada. Helmet separuh milikku aku letakkan perlahan di sisi. Kunci skuterku yang telah aku tinggalkan ‘di sana’ turut aku simpan dengan hati-hati di dalam beg galas. Mulutku terherot ke kiri dan ke kanan. Mataku terkelip-kelip. Berkali-kali. Cis – kerana dialah, aku basah dalam hujan. Encik Pai Epal yang bodoh sombong.  Berlagak betul ya. Amboi!

Aku ketap lagi bibir kerana kegeraman. Lantas episod beberapa jam yang lepas berlagu dan bermain-main di layar mataku.

Aku memarkir skuter di deretan motorsikal yang sedia ada. Mata lantas memerhati bangunan berwarna kuning air yang kawanku, Lily katakan tempoh hari. “Kau pergi ke bangunan berwarna kuning air. Kedai kedua dari kanan, Nampak tangga, terus naik ke atas. Syarikat tu ada di atas. Bawa semua sijil-sijil penting kau, Yaya. Datang tau. Jangan lambat.”

Aku masih berdiri di depan bangunan berkenaan. Mata masih terkelip-kelip dan aku memerhati kawasan sekitar. Harap-harap aku akan berjaya untuk temuduga kali ini. Aku pandang jam di tangan. Sudah. Mampukah aku ditemuduga dengan jam sekarang sudah melewati 10.00 pagi ? Ahh- sengal ! Hari malang lagi untuk aku. Mata kemudian menangkap sebuah kedai berwarna hijau epal. Kedai hujung yang menarik minat seleraku dan jiwaku. Bukan kedai kedua dari kanan seperti yang Lily pesankan. Ia kedai yang bergabung sebanyak 4 buah. Besar sungguh aku kira.

Kaki aku pantas melangkah dan berdiri di depan pintu kaca Pai Epal Café. Aku memandang dan membaca nama kedai berkenaan dengan perlahan, ‘Pai Epal Café’. Menarik signboardnya.  Berbentuk epal berwarna hijau dan tulisannya berwarna putih dan digabungkan hitam dengan tulisan dari berbagai bahasa. Epal bulat yang disusun atur dengan tulisan jawi, cina, india dan bahasa inggeris. Memukau! Meja-meja di hadapannya turut sama cantik teratur. Aku terpaku lama. Kemudian aku melihat seorang pemuda yang mengetap-ngetap bibirnya sedang memarahi pekerjanya. Dari gerak bibirnya aku amati. Pekerjanya dimarahi kerana datang lewat ke café berkenaan. Aduh- aku juga lewat.

Mata aku meliar lagi. Kagum betul aku melihat hiasan dalaman kedai ini, sehingga kekacakan lelaki di dalam cafe ini aku letakkan ke tepi. Sesekali aku jeling pemuda berkenaan. ‘Kacak empat belas juta’. Boleh tahan juga. Aku tersengih. Putih melepak dan mancung hidungnya. Terpesona aku.

Pemuda berkemeja berwarna ungu muda tiba-tiba terpacul di depan pintu kaca tempat aku berdiri. Aku terpaku tiba-tiba. Erk ! Lengan bajunya dilipat sederhana dan walau kami dibatasi dengan pintu kaca cafe ini, aroma dan harum minyak wanginya menusuk betul-betul ke jiwaku. Ahh – berangankah aku ?

Apa kau rasa, jika seorang lelaki tiba-tiba memandang engkau dan matanya tak berkelip-kelip ? Suara Lily lantas kedengaran di mindaku kali ini. Sudah – aku berangankah lagi kali ini ? 

“Ni apesal tercegat depan pintu ni? Saya tengah marah ni. Saya tengah marah ni.” Lelaki kacak itu mengetap bibirnya. Pintu cafe lantas dibukanya.

Eh eh. Tengah marah pun nak beritahu dengan aku ? Gila apa lelaki ni.

Aku terpaku bila dia memandang aku. Matanya tidak berkelip. Oh. Saat ini juga aku melihat dia dan aku berlari-lari anak berkejaran di tepi pantai sambil bergurau-senda. Mata bertentang mata dan cubit bercubitan bersama. Ahh – seronoknya.

+Yaya – jangan berangan ya. Tolonglah kembali ke alam nyata. Please. Please.
-Sibuk betullah ! Yaya baru nak berangan dengan pemuda kacak empat belas juta ni.
+Cepuk kepala kau dengan helmet kat luar tu nak ? Gatal ko ya ?

Aku gumam bibir. Dia memandang aku. “Amboi-amboi cik minah ni, orang dah bukakan pintu. Masuklah. Berangan ke mana dah ni? ”

Aku tersengih. Dia masih merenung aku. “Awak berangan pergi Uganda ya? ”

Aku tersedar cepat. Mujur. Jika tidak, aku pasti akan memeluknya. Yaya – haram hukumnya memeluk seorang lelaki. Mataku terkebil-kebil. “Err…err…err…” Aku terpaku apabila kaki melangkah masuk ke dalam Pai Epal Café ini. Wah! Hebatnya susun atur café ini. Bau pai epal yang sama dengan yang arwah abah buat menusuk masuk ke dalam hidungku.

Aku garu kepala yang tidak gatal. Sudahnya apa yang akan aku buat di dalam café ini ya? Mataku lantas melihat beberapa orang pekerja yang sedang mengelap meja dan membersihkan lantai. Ada replika epal besar yang di lubangkan di tengahnya dan di dalamnya disusun meja unik bersama kerusi kayu berbentuk pokok dan akar untuk bersantai. Replika epal berwarna merah yang memikat. Meja dan kerusi berwarna kuning yang mempesonakan. Hiasan dalaman cafe ini yang bergred A. Dindingnya ditampal dengan kemasan kertas dinding dengan paduan warna epal yang memikat. Oh, so cute!

Meja lain yang bukan di dalam replika epal besar turut sama disuai padankan dengan paduan kerusi antik. Ruangan cashier  yang cantik dan menarik. Kaki aku lantas melangkah lagi. Café dua tingkat yang menangkap citarasa. Besar dan luas.

Aku lantas berpaling. Melihat pasu-pasu yang semuanya berbentuk epal disusun dengan cantik dan kemas. Berkilat-kilat. “Apa ya yang ada dan dijual di dalam café ni?” Aku memandang lelaki berkenaan yang masih memerhati aku.

Dia melihat jam di tangannya. Aku masih menantikan jawapan dari pemuda kacak ini. “Basikal dan tayar kereta. Cik adik mahu order yang mana?” Dia menyengih macam kerang busuk.

Amboi dia, mulut tak ada insurans. Basikal dan tayar kereta? Gila sungguh lelaki ini. Sombong betul. Lihatlah matanya yang berpusing-pusing tu.

“Encik berlagak bin encik sombong betul.” Aku mencebik dan memandangnya lagi. Malas melayan karenah lelaki sombong seperti ini. Adakah patut kedai ini menjual basikal dan tayar kereta? Gila!

“Awak pelanggan dalam café ini ya?” Aku bertanya lagi. Mata aku melilau melihat pekerja Pai Epal Cafe yang memakai kemeja berlengan panjang dan apron panjang berwarna hijau epal. Apron café ini pun cantik. Lelaki di hadapan aku hanya berkemeja yang dilipat lengannya bersama seluar slack. Bermakna dia bukan pekerja di dalam cafe ini. Kalau bukan pekerja semestinya pelanggan.  Aku tarik sebuah kerusi. Punggung duduk selesa dan memandang lelaki ini. Berpeluk tubuh dan berlagak seperti pengawas sekolah.

“Pelanggan ?” Lelaki dihadapanku ini gelengkan kepala. Dia pantas memandang para pekerja cafe ini yang tersenyum geli hati. Seorang lelaki yang sedang mengelap meja cepat-cepat mengambil alih tugas ‘pelanggan’ ini. Aku perhati namanya yang melekat di chef jacketnya. Adnan. Tubuh pemuda kacak ditolak perlahan. Dia pandang aku atas bawah, atas bawah. Bola matanya bergerak.

Aku terkedu seribu bahasa melihat tolak menolak berlaku di depan mata. Adnan mengesat-ngesat tangannya yang basah dengan apron. Matanya memandang aku.

“Nama kedai ni Pai Epal Cafe tapi jual basikal dan tayar kereta ? Eh, betul ke? Dia tipu ya ?” Aku memandang lelaki yang bernama ‘Adnan’. Pemuda kacak itu gigit bibir bawah. Wajahnya merah. Dia menjeling aku. Dia tersenyum sinis dan melangkah ke ruang tengah cafe ini.

Err..err.. dia bergurau saja cik. Hmmm…cik mahu makan apa? Kami ada pai epal lazat, kopi dan kek. Juga makanan bergoreng yang sadurannya makanan berkhasiat. Cafe sebenarnya masih tutup. Tetapi kerana cik manis ni, bos saya izinkan cik adik pesan makanan.” Katalog menu diserahkan kepada aku. Adnan tersengih-sengih lagi.

“Pai epal satu.” Tanpa melihat menu dan kerana aroma pai epal yang melazatkan aku terus memesan pai epal berkenaan. Terharu pun ada sebab cafe ini memberikan aku layanan emas mereka. Katalog menu yang cantik aku pandang begitu sahaja. Adnan mengangguk-angguk lantas segera ke ruang dapur. Aku terus lupa ingatan mengenai temuduga yang bakal mencorakkan lagi kehidupan aku. Beg galas lantas aku letakkan perlahan. Pemuda itu aku lihat masih mundar-mandir seperti menantikan seseorang. Aku perhatikan dia agak lama. Kalau dia bukan pelanggan cafe ini, dia siapa ya? Beberapa minit kemudian , pai epal yang aku pesan sampai. Adnan tunduk hormat. Ah – sudahlah café ini indah, ditambah pula dengan pekerjanya yang ramah tamah. Tapi bukan macam encik berlagak bin sombong itu! Soalan aku pun tidak berjawab. Matanya itu asyik menjeling sahaja. Cucuk dengan garfu ni, baru tau.

Kali pertama aku menggigit pai epal, gegendang telinga berproses. Suara lelaki kacak itu kedengaran. “Haryati, awak tahu tak sekarang sudah jam berapa?” Aku menoleh memandang pemuda berkenaan. Encik berlagak bin encik sombong sedang marah-marah. Kalau pelanggan kenapa dia Nampak macam bos besar di cafe ini ya? Telefonnya digenggam kemas. Gulp! Aku telan air liur. Kesedapan pai epal ini  merencatkan mindaku kerana suara tegas pemuda berkenaan. Kemudian aku segera teringatkan yang aku sepatutnya sedang ditemuduga dan bukannya duduk di dalam Pai Epal Café ini! Alamak! Aku pantas bangun mengambil beg galasku. Helmet juga aku sambar dengan cepat.

Kemudian suara garangnya menjengah telinga, “Apa? Suka hati mak ayah tiri awak  mahu berhenti kerja ya? Sudahlah selalu datang lambat . Hari ni awak nak MC lagi. Awak tahu siapa saya? ”

Aku berjalan perlahan. Aku sudah habiskan masa yang tidak relevan di dalam café ini. Oh, tidak ! Baru sahaja aku mahu melangkah ke meja cashier, suara encik berlagak bin encik sombong kedengaran lagi.  “Ya, saya memang bos Pai Epal Cafe. So, what?” 

Apa ? dia...dia..bos Pai Epal Cafe?

Gulp. Lelaki itu terus pula mara ke arah meja cashier. Jantung bergerak laju. Aku mahu lari lagi hari ini. Sudahlah aku siap ‘cop mohor’ dia sebagai pelanggan. Habislah aku. Tak fasal-fasal dia itu sebenarnya ialah bos cafe ini.

Kaki melangkah besar. Aku segera menuju ke arah meja cashier. Tangan membuka beg galas untuk mengambil wang membayar pai epal berkenaan. Lelaki kacak itu merenung aku. Telefonnya diletak di atas meja kaunter. Entah apa debaran melanda, lengan aku terus melanggar pasu berbentuk epal. Pasu berbentuk epal berwarna merah di atas meja cashier terus jatuh. Tidak sempat untuk aku menyelamatkannya.

Kami berpandangan. Tangan aku menggeletar lagi. Matanya bulat tanpa reaksi. Seperti terkejut. “Itu pasu kesayangan saya, awak tahu tak, budak pasu pecah?” Jeritan pemuda berkenaan memecah keheningan. Suaranya melantun masuk ke dalam telinga. Aduhai Yaya, malangnya nasib hari ini.

Ya ataupun tidak. Yes ataupun no. Manis ataupun pahit. Hidup ataupun mati. Aku sebenarnya tidak mampu untuk membayar harga pasu cantik yang berkecai itu. Akhirnya aku berlari sekuat hati. Melanggar tubuh pemuda yang aku gelarkannya pelanggan. Bila aku menoleh, aku melihat dia terjatuh tersembam akibat tolakan kuat dariku. Bersama dengan hujan melebat, guruh berdentum dan akhirnya aku terlupa membayar harga pai epal yang aku nikmati tadi. Haramkah hukumnya kerana aku terlupa membayar pai epal berkenaan? Ibu – tolong Yaya bu.

Muka aku kelat sudah. Hujan masih menemani. Perhentian bas semakin dipenuhi dengan manusia untuk menumpang teduh dari hujan lebat. Pai epal yang telah aku nikmati tadi, semakin  bergelodak di dalam perutku ini. Aku pejam mata lagi. Aku membuat haru biru sendiri untuk hari ini. Skuterku yang tersadai di sana mesti bermandi hujan. Kesiannya Hei MJ Unguku itu.

Wajah encik berlagak bin encik sombong menerpa lagi. Bola mataku terkebil-kebil entah untuk ke berapa juta kali. Takutnya aku.

8 ulasan:

  1. sweet- pai epal dengan Izz amir yang loyar buruk tu .

    BalasPadam
  2. same je ke kat sini ngan penulisan2u ? :D

    BalasPadam
  3. Ya dik. sama dan penulisnya yang sama.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama13/12/11 19:13

    Salam..first time bc di blog ni..n first time bc karya ni.. nice..very nice.. kelakar..saya asyik ketawa je..hehe.. like it so much.. keep up a good writing..

    Wassalam

    BalasPadam
  5. RadziahMohdHashim29/10/12 00:42

    walaupun dah baca sebelum ni..tp baca lagi..hehe sayang Cik Mardihah 14 juta

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama2/7/13 12:31

    assalam..
    dh hbs baca mr pai epal versi novel,best giler!!but i'm wondering ada ke lelaki kat luar sana macam izz amir??kalu ada esok jugak i kawin ngan dia:)

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama21/11/13 07:58

    mrs.pai epal dah terbit ke??tak sabar.....

    BalasPadam

Sambil komen dengan senyuman empat belas juta.
Lebiuuu kamu semua banyak-banyak!

Kiss The Rain