Pages

08 Ogos 2012

Dia Cinta Hati Saya 18


 Oh. lama tinggalkan kisah ini. Hahaha. Maafkan saya semua. Ini sambungan DCHS. Meski rasa macam tak lengkap sebab babak betul di PD tak sempat nak buat. Maklumlah bulan puasa. Hihi. Nanti saya sambung lagi dalam minggu ini juga. Tunggu ya. Berita menarik : MANUSKRIP MR PAI EPAL telah siap dan telah pun saya emelkan ke editor. Doakan ya. Now, ambik feel Majdina dan Zain pula. Sebab feel dah hilang mungkin kerana penat menulis MPE dan dengan bulan pose lagi kan? Saya minta maaf buat semua yang tertunggu-tunggu sambungan ni. Apapun semoga suka dan tunggu sambungannya lagi. Ni sempat buat 6 muka surat je. ;D

 Okey, jom layan sambungan Dia, Cinta Hati Saya. Maaf jika tak sempurna. Selamat meneruskan baki Ramadhan ya.

                                                                                   ***

“Barang-barang nak ke Port Dickson dah siap?” Zain pandang saya dan kemudian membuka pintu almari. Dia gantung jubahnya.  Saya duduk bersila di atas karpet. Jemari lincah melipat baju milik suami saya ini. Baju-baju dan tudung hadiah dari Husna turut sama berkumpul. Petang tadi selepas sesi meluah rasa sedih kepada Zain, habis saya punggah almarinya itu kerana mencari baju-baju milik dia yang sesuai untuk di bawa ke Port Dickson.


Saya pandang beg. Sebuah beg tersedia di sebelah almari. Angguk laju dan sengih. Haihlah Majdina, rasanya 24 jam saya sengih macam kerang busuk. Malam tadi, saya sepenuh hati dan rela mengemas dan memasukkan baju-baju milik kami berdua.

“Dah abang. Dina dah susun dalam beg tu. Rasanya cukup. Ala, kita ke sana pun dua hari saja. Tak lama mana. Bawak baju lebih nanti, berlebih pulak.”

“Dina jangan lupa bawa...errr...errr...” Zain jamah wajah saya. Dia sengih nakal sambil garu dagunya. Memandang saya yang sedang meneliti sehelai tudung pemberian Husna.

Zain garu pula kepalanya. Entah apa yang ingin dia suruh saya bawa. Dia terdiam dan bibirnya bergerak perlahan. “Ermmm....”

Bawak apa?” Pintas saya lekas.

Zain tarik nafas. Mata kami bertemu. Sekali lagi jatuh ke hati. Suara Zain terus memukau jiwa. “Dina jangan lupa bawak hati dan jangan jatuhkan hati Dina ke mana-mana. Okey?”

Saya senyum lagi. Rasa bahagia. Saya mula berfikir. Mula mahu menjadi Majdina yang nakal. “Ohhh...Dina ingatkan abang nak suruh Dina bawa baju tidur seksi tuuuu….” Saya muncungkan bibir dan herot bibir ke kanan. Menjeling Zain.

Wajah Zain memerah. Saya ketawa. Dia gelengkan kepala. Zain tidak mampu menjawab usikan saya. Sekadar menjeling saya dan dia ketap gigi. Selang beberapa saat, dia tutup pintu almari. Berjalan perlahan terus ke arah saya.

Zain bulatkan mata. Senyum meleret. “Dua hari jangan keluar dari bilik. Duduk diam-diam okey. Dina dah janji kata dua puluh hari pun sanggup. Kan?” Jegilkan mata.

Gulp. Jantung berdebar bagaikan sedang dikejar seekor kuda jantan. Degupan jantung ini terus berganda-ganda bila Zain turut sama bersila. Ringan sahaja jemari Zain membantu saya mengambil baju dan spontan melipatnya. Lincah. Gurauan kami kembali hening.  Dingin bila kipas berpusing memberi angin.

Zain letakkan sehelai baju yang kemas dilipatnya. “Abang memang suka lipat kain baju. Dalam rumah ni memang abang yang tolong Husna dan umi lipat kain baju. Bolehlah suami ringankan tugas isterinya. Gosok baju pun abang suka.” Zain mula rancak berbual. Memang Zain pemalu. Zain diam sahaja bila di hadapan umi dan Husna. Tetapi bila duduk berdua di dalam bilik ini, Zain mula berbicara mengenai perihal dirinya. Dia itu, dia ini dan segala-galanya. Saya mula seronok mengenali Zain.

Saya panggung kepala. Memandang wajah suami tercinta. Angguk dan bibir rela untuk memberikan senyuman. “Suka. Nanti bolehlah abang tolong lipatkan baju-baju Dina ya.” Saya mengiyakan kerana Husna sudah bercerita serba sedikit mengenai abangnya ini. Kami malah belum lagi mengenali hati budi secara rapat. Makanan kegemaran Zain juga saya masih belum tahu. Ah, baru beberapa hari bergelar isteri. Sabarlah wahai hati. Pujuklah diri kerana kelak kami akan berkongsi apa sahaja.

“Dina suka tak kita pergi Port Dickson?” Zain dekatkan tubuhnya. Wajahnya nampak sedikit risau. Berkerut-kerut dahinya.

“Terlebih suka. Mana-mana pun Dina tak kisah abang.” Jantung berdegup lagi. Saya ketepikan baju yang sudah berlipat ke sebelah kiri. Tidak mahu mengganggu perbualan antara saya dan Zain. Saya dekatkan diri dengan Zain.

Jemari saya lantas dicapai. Dielus lembut. Zain mula meluahkan rasa hatinya. “Abang tak boleh nak bawa Dina jauh ke mana-mana. Port Dickson saja yang mampu. Dina terima ya?"

Saya hadiahkan senyum ikhlas. Merapatkan jemari Zain ke dada ini. Kalaupun kami tidak ke akan mana-mana, saya rela. Rela duduk sahaja di dalam rumah penuh cinta ini. Buang sahaja semua kemahuan sendiri mahu berbulan madu ke Italy, Paris atau Switzerland. Itu dahulu. Ke Bali pun saya tidak hingin lagi. Saya boleh menerima hakikat tidak bershopping sakan barangan mewah seperti selalu. Duduk di rumah ini sudah lengkap serba serbi. Seperti syurga.

Saya angguk. “Dina okeylah. Ala, abang jangan risaukan sangat. Tapi kan, Dina cakap terus terang yang Dina belum pernah sampai ke Port Dickson.” Senyum meleret.

“Eh, iya?” Zain mula membuang kegugupan. Kalau saya duduk di sebelah dengannya sahaja, Zain mula gelabah tidak tentu hala. Jantungnya berdegup kuat. Melebihi degup jantung ini.

“Kesiannya dia...”  Zain sengih.

“Betul tak pernah pergi?"  Tanya Zain lagi.

Mata menyeluruhi wajah tampan Zain. “Eh, betul. Memang Dina tak pernah pergi. Dulu ibu dengan papa saja yang selalu pergi. Kalau mereka ajak Dina pergi abang tahu Dina jawab apa?”

“Haa…Dina jawab apa?”

            “Tempat tak best!”

            “Tapi sekarang?” Bola matanya menyinar.

            “Dah best. Sebab abang ada.”
            Zain ketawa. Rancak nampaknya dia berbual-bual dengan saya.. Zain dekatkan tubuhnya. Dekat lagi dengan saya. Jemarinya menolak rambut ini. Saya tahu debarnya Zain kala ini. Saya sedar antara kami sudah ada hubungan sah. Malah menghalalkan. Lebih dari itu lelaki ini berhak ke atas diri saya. Hubungan kami belum termaktub. Belum terpatri dengan hubungan suci itu.

Suara Zain memberi rasa bahagia. Senyum sampai ke esoklah Majdina lagi. ‘Kalau begitu, kita duduk dalam bilik dua hari macam yang abang requestkan, boleh?" Zain senyum.  Saya mahu ketawa pun iya mendengar butir percakapan Zain. Satu-satu sebutannya. Gemuruh. Diam-diam, Zain ini nakal sebenarnya. Mana mungkin seorang lelaki menolak hubungan halalnya bila isteri duduk di depan mata.

“Boleh tapi dengan satu janji.” Aju saya kepadanya.

“Janji apa?” Zain bawa bibirnya ke kening ini. Dia kucup lembut. Hangat sahaja kasih sayangnya. Bahagia.

“Hadiahkan Dina sekuntum bunga matahari. Boleh ya?”

Iya. Abang akan hadiahkan. Tapi lepas berkhidmat kepada suami tercinta. Okey?”

Kami ketawa dan sempat pula mata ini membalas renungan menggodanya. Sama-sama kembali berbual dan merancakkan malam yang semakin dingin. Kerinduan terhadap ibu lantas saya padamkan. Rasa hiba dan sedih saya simpankan di dalam hati. Saya tidak mahu Zain tahu yang sebenarnya saya sedang kesedihan merindui keluarga. Majdina, bukankah Majdina sudah serahkan diri kepada si suami Zain ini? Telapak syurgamu itu di bawah telapak kaki Zain. Ya, sesekali meski terasa bahagia duduk di sini, tetapi hati tetap meronta-ronta mahu bertemu keluarga. Mahu memujuk ibu menerima Zain dan bertemu juga dengan papa.

Esok bulan madu kami bermula. Esok juga hari saya akan mula belajar banyak perkara dari Zain. Dari menjadi isteri, melengkapi diri sebagai seorang Muslim dan menjadi menantu kepada umi.

Selepas malam menginjak. Tidur dengan nyenyaknya bersama lingkaran ubat nyamuk yang baunya seperti di rumah banglo nenda Mariah. Bunyi cengkerik di luar bersatu dengan angin sejuk. Pinggang ramping ini menjadi tempat Zain berpaut. Erat dia memeluk saya bersama tidurnya yang nyenyak.

Esoknya, syuruk kembali menjelma. Azan Subuh berkumandang dan suami saya tidak pula menunjukkan mahu ke surau. “Abang nak sembahyang dengan Majdina.” Zain kejutkan saya. Mengelus rambut ini dan bila mata terbuka, wajahnya terpampang depan mata. Senyum sampai ke telinga. Alhamdulillah kerana apabila mata terbuka, nikmat kasih sayang masih Allah anugerahkan kepada saya yang kerdil ini.

Saya mula solat Subuh. Solat Subuh pertama selepas bergelar isteri. Solat subuh berjemaah bersama suami saya Zain yang dikasihi. Saya sebenarnya sedang melukis kehidupan sendiri yang tanpa saya sedar penuh warna dan warni. Rupa-rupanya kisah cinta kami ini semakin panjang untuk dilakarkan. Kelak nanti kalian semua akan tahu kuatnya cabaran yang Allah turunkan untuk saya yang lemah ini.

Ironinya, cinta saya kepada Zain terus hangat bila selepas solat Subuh berjemaah itu, dia mendakap saya sepenuh hati.

20 ulasan:

  1. heee... zain <3 kita rindu awak sangat2.

    >///<

    BalasPadam
  2. rindu gak kat zain yg pemalu...sgt2 comel lelaki yg pemalu ni..hahaha..

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama8/8/12 22:04

    Waahhhh... Sungguh lomantik dan mengasyikkan pasangan majihah dan zain... I like.... Money is not their objective in life. Just enough to live....

    BalasPadam
  4. rmntik dgn cara yg hlal..x sbar nk tggu honeymoon plak

    BalasPadam
  5. rindu sangt kat couple ni...comel je zain malu2...majdina yg suka usik2 zain.. malu tapi mahu.. hhehe....

    BalasPadam
  6. Assalam...rasa berkurun lama menunggu Zain n Dina....kebetulan hero sebenar ada keluar kat tv...Flower Boys Ramen Shop...tu yang teringat-ingat..bila Mardihah syg nak sambung entri...tunggu pulak kisah kat PD...kalau tak ada bilik nak sewa, duduk aje kat Studio Room akak kat Tiara Beach..ha..ha..ha..macam Zain n Dina ni wujud pulak ehhh!!!...

    BalasPadam
  7. sweetnya...lelaki pemalu ada lagi ke?byk jumpa sekarang ni laki tak tau malu je..huhu..ada g dipasaran tak?:) suka.

    BalasPadam
  8. Wah rindunya dekat Zain & Majdina...#^_^

    BalasPadam
  9. @NurAtiZa hehehe..akak pun rindu dengan Atiza

    BalasPadam
  10. ainulrida9/8/12 11:46

    Mardihah, n3 lepas ni janganlah buat Zain terlalu merendah diri. Mcm tak best la pulak asyik minta maaf deng DIna sebab tak boleh nak beri mcm yg Dina selalu dapat & ada. Lelaki jgn terlalu merendah diri mesti ada rasa ego sikit.

    BalasPadam
  11. @ainulrida Terima kasih untuk komen manis ini. awak, saya setuju! hahaha. mungkin baru agaknya si zain ni kan. Kita tunggu perkembangan mereka kelak. Tungguuuu

    BalasPadam
  12. @ciknie tunggu ya honeymoon mereka berdua. hiksss

    BalasPadam
  13. @Amy kesian sis amy. sampai rindu-rindu dia ya. hehe. nanti tunggu next bab mereka di sana. lmbt sikit..maaflah ya.kak, boleh ke nak pinjam studio room kat tiara beach resort tu? hahaha. alamakkkk malulah zain mcm ni. hehe

    BalasPadam
  14. @izan supian eh ada la..ada di pasaran. kiter dah jumpa dah. hehehe

    BalasPadam
  15. Best nyer!!! cepat la sambung kak mardihah... x sabar sgt nak baca next en3.

    BalasPadam
  16. waaaa..rindunya kat zain dan dina....diaorg honeymoon kat tiara beach resort ke kak.....saya dah terbayang suasana tiara beach resort tu...best best..best...

    BalasPadam