Pages

17 April 2013

Mr Tan 3


Nazim sengih. Pandang telefon adik kesayangannya, Nadratul Nisa'. Suara adiknya sedang menyanyi dan mengikut rentak lagu La Suavecita menghiburkan gegendang telinga. Entah apa-apa lah Nad ni! Salah lirik tu dik oi. Berterabur sungguh! Apa yang Nad sebut memang berbeza dengan lagu yang sedang berdendang ini. Bunyi air dari dalam bilik air turut sama menjadi teman.

“Oi. Dahlah menyanyi berzumba bagai tu. Tak sedap langsung. Mandi ajelah.” Nazim goyangkan kepala. Campakkan badan ke tilam bersaiz king Nad. Jemari ligat pandang telefon Nad. Dia sengih. Jemari pantas mencapai.

Shut up you. Buat apa dalam bilik Nad ni. Keluarlah!” Nad berhentikan gerakan zumbanya. Kacau betullah abang Nazim ni. Dia fokus kembali membiarkan air menyirami tubuh. Ah – segarnya.

“Eleh…kita penatlah balik kerja. Rindu kat dia. Ni yang masuk bilik Nad nak jumpa borak-borak. Itupun salah ke?” Nazim tarik nafas. Selesakan keadaan kepala dengan bantal empuk adik sendiri. Hilang stress kerja bila masuk bilik adiknya yang berbau wangi ini.

“Sibuk betullah dia ni. Malam nanti kita sembang-sembanglah. Nad tengah mandi. Boleh tak jangan kacau privacy kita petang-petang ni? Pergilah masuk bilik sendiri. Ishhh…”

“Okey.” Nazim pandang pintu bilik air. Privacy konon. Sangat-sangatlah kan. Kalau malam nanti, tak datang bilik, borak-borak sambil makan jajan…siaplah tarik telinga. Nazim susah hati. Iyalah, kalau tak cerita masalah cintanya bersama Syeqa dengan Nad rasa macam putus nyawa pun ya. khidmat nasihat adiknya selalu tip top! Selalu idea bergeliga datang untuk memujuk Syeqa yang terlebih dos manjanya itu.

“Ada masalah lagi ke?” Nad menjerit dari dalam bilik air. Abang Nazim kalau tiba-tiba masuk bilik memerap tu mesti ada masalah perang dunia ketiga dengan Syeqa. Bukannya Nad tak tahu pun.

Nazim sengih. Usik telefon adiknya. Angguk. “Iya.”

“Masalah apa lagi. Kan ke hari tuh Nad dah suruh belanja dia makan Pizza Hut. Dah buat tak?” Nad masih memetir.

“Dah.” Nazim cebikkan bibir. Tapi dia gelengkan kepala. “Tapi tak jadilah idea tu Nad. Boleh bagi idea lain tak? Asyik makan aje. Gemuklah abang nanti.” Nazim buka whatsapp adiknya. Mata meneliti. Jiwa rasa tenteram sebab Nad kalau apa-apa pun mesti cuba selesaikan masalah cintanya dengan Syeqa. Tadi memanglah Nad halau dia keluar. Tapi terlanjur Nad bertanya baik cepat-cepat dia jawab.

“Ahh – mengada aje si Syeqa tu. Dia tu kalau rasa dia bagus sangat dan cantik sangat. Abang cari ajelah awek lain. Senang cerita.” Nad ketawa. Hahaha. Dah malas nak layan karenah Syeqa tu. Cucuk mata dengan garfu baru tau!

Nazim pandang pintu bilik air. Grrrr. Berasap kepala dengan idea baru Nad.

“Boleh tak bagi idea lain?” Nazim terus bangun dan bersila. Pandang whatsapp dan baca semua whatsapp antara adiknya dan ‘ENCIK TAK BERNAMA’. Nad dalam bilik air diam. Entah buat apa. Nazim sengih. Kejap-kejap senyum dan jemari ligat membuat sesuatu. Ngeh ngeh.

“Ahhh..malaslah bagi idea lain. Nantilah malam kang.” Nad rupanya masih hidup. Agaknya Nad dalam bilik air pasang telinga. Nazim angkat kening. Jahatnya mengenakan adik sendiri.

Kita pergi memancing nak? Hantar whatsapp kat ENCIK TAK BERNAMA. Nazim senyum jahat.

Memancing? Hahaha. Hei girls…I ingat you nak ajak I pergi club. Eh – encik tak bernama ni balaslah. Nazim rasa makin seronok. Ooo, pandai sungguh Nad ya. Encik tak bernama konon.

Sorry, I tak pergi club. Nazim rasa nak cepuk encik tak bernama ni. Kurang ajar. Ajak adik aku pergi club. Aku karate engkau sampai patah riuk nanti.

Nice. Bagus-bagus. Baba you pun orang baik-baik. You ajak I pergi mancing ni…you mimpi ke?

Yes. Mimpikan you.  Hahaha. Nazim gelak besar.

“Oi oi! Ketawa nampak Mr Bean ke?” Nad musykil. Tutup kepala paip. Telinga cuba menangkap ketawa abangnya. Nazim kalau tengok cerita Mr Bean sampai esok pun boleh.

Errr. Nak memancing I ke nak memancing ikan? Si encik tak bernama membalas lagi.

Hahahaha. Nazim sekali lagi ketawa bagai nak pecah dinding bilik Nad. Suka betul Nazim dapat mengenakan Nad dengan ENCIK TAK BERNAMAnya ini.

“Hei..Nad tak sukalah main-mainkan Nad. Gelakkan apa tu?” Nad menjerit lagi. Suara capai nada keramat tahap lapan.

“Mandi aje lah. Bisinglah dia ni.” Nazim makin syiokkk menjadi Nad.

Esok. Jam 5 petang. You tunggu I kat errr errrrr ….  Nazim mati akal. Tunggu kat mana pulak ni? Jari masih ingin bertyping! Typing!

Restoren Di Naina.

Ohhh…Nazim tarik nafas lega. Senang betul berurusan dengan encik tak bernama Nad ini. Agaknya kat situ selalu Nad berdating dengan lelaki ini. Kemain kau ya. Bagi tahu baba. Ok. Deal. Eh, nama you memang encik tak bernama ya?

Nazim menanti balasan. Laju sahaja jawapan dari di sana. ;)

Hanya ikon senyum. Tomorrow you remind me ya. Call I jam 4.30. I takut terlupa.  Nazim kumpul idea. Untuk Nad. Untuk hari esok. Berjanji temu dengan encik tak bernama. Ketawa lagi si Nazim sampai sakit perut. Adoi! Pegang dahi sendiri.  

Nazim pusing idea. Nad ni kenal ke tak dengan encik tak bernama ni? Hei. You still remember me kan?

Kenapa pulak I tak ingat. Baba cakap nama you Nad. I mengadu kat baba you yang you jemurkan I tengah panas kat luar pagar.

Nazim berjaya! Yes. Jemari menaip lagi. Membalas whatsapp dengan ligat. Erm. Ok. See you tomorrow ya.

Hei hei.  Encik tak bernama typing! Typing! Laju. Laju.  Mata Nazim terus membaca. Bola mata ligat memerhati aksara-aksara yang sedang keluar dari telefon pintar Nad. You tak nak tanya nama I ke?

Esok. Esok you bagi tahu nama you. Bawak alat memancing sekali okey. Jangan lenggang kangkung pulak.  Nazim rasa macam bercinta pun iya. Muahaha.

Okey. ;) tapi I macam tak percaya you ajak I memancing. Opkos sebab I hensem. Kot?

Hahaha. Nazim membalas sambil ketawa. Perasan betul encik tak bernama ni.

Nad bukak pintu dengan laju. Cekak pinggang. “Ape senyum-senyum?” Nad pandang jemari Nazim yang sedang ligat membuat sesuatu. “Abang buat apa tu? Beraninya dia usik telefon kita. Abang ni suka kan buat Nad marah. Kan Nad kata jangan berani-berani usik iphone Nad. Bak sini balik.”

Nazim control diri. Tahan nafas Nazim. Tahan. Tahan. Jangan ketawakan Nad. Doa banyak-banyak jangan Nad perasankan semua whatsapp ini. Ya Allah, bantulah hambamu yang baik ini. Amin.

“Eleh. Nah. Baru usik sikit dah takutlah tu. Lain kali letak password ke. Tak pun bawak sekali masuk dalam bilik air tu.” Nazim bangun. Gesa-gesa betulkan cadar dan hulurkan telefon kepada Nad. Pantas sahaja Nad menyambarnya.

Dia jeling Nazim. “Kalau berani buat dajal kat Nad..siaplah abang. Nad kasi Syeqa kat Haikal tu. Jangan main-main okey?”

Nazim bulatkan mata. Janganlah si encik tak bernama tu balas whatsapp atau bertyping! Typing! Typing!  Mata Nazim menyorot wajah cemberut adiknya yang dah siap sedia berpakaian.

Esok. Tunggulah hari di mana dia mengatur pertemuan antara ENCIK TAK BERNAMA dan Nad. Haha. Malam ini, dia harus bersekongkol dengan baba. Baba tersenarai untuk projek antara hidup dan mati ini. Sebab si encik tak bernama itu rasanya, semalam datang ke rumah dan bertemu baba. Dia yakin. Amat-amat tepat firasat hatinya. Yang pasti dia harap encik tak bernama itu bukan datuk bercucu. Bukan juga datuk ada bini dua atau datuk berkerepot. Kalau tekaan Nazim tepat – kerepot, datuk bercucu dan datuk bini dua  à Haruslah Nad menjerit dan sebulan nantilah mereka tak bertegur sapa.

Entah-entah perang antara Israel dan Palestin bermula lagi. Nazim lintang pukang membawa tubuhnya keluar dari bilik Nad. Harus cepat bersemuka dengan baba. Yang paling bodoh, kenapa tadi dia lupa nak salin nombor telefon encik tak bernama itu. Ishhh, kan ke dah menyusahkan diri sendiri. Buat dajal kat adik sendiri tapi lupa nak buat strategi.

5 ulasan:

  1. waaa...dating is dating ...hahah

    BalasPadam
  2. eee..nakalnyer Nazim ni..sajer buat dajal kat Nad..tapi sweet lah en tak bernama balas whatsapp Nazim aka Nad...nak pegi memancing..boleh ai join?ngeh3x..

    BalasPadam
  3. geram kt nazim...tp pada masa yg sma suka jg..hehehe..xsabar nak tggu next n3...

    BalasPadam
  4. Hahahaaha....noty nya nazim,shj nak kenakan c nad
    Ok....xsabar tggu nad fating ngan encik tak bernama

    BalasPadam