Pages

18 April 2013

Mr Tan 4




“I kat bawah ni. Dah siap bawak joran bagai semua. Ni dah pukul 4.30. Kita nak gi memancing kan?” Suara dia yakin tahap seratus peratus sungguh. Tahap gaban jugak. Nad terkebil-kebil sambil mendengar suara lemak merdu si dia. Encik Tak Bernama call Nad. Ishh..macam tak percaya. Haha.

“Eh, kenapa you ada kat bawah ni? Kenapa? Kenapa?” Nad mula mencerna wajah si formosus yang mengganggu mimpinya malam tadi.

“Eh-eh dia ni.” Si dia tak senang hati. “Abang Nazim yang call I tadi kata you tak jadi nak jumpa I kat Di Naina. So I volunteer datang sini ambik youlah. So?”

“Heh.” Nad masih rasa sengal-sengal. Abang Nazim? Kenapa tiba-tiba nama abang Nazim muncul dalam perbualan tergempar ini.

“I tak kira…I dah batalkan rancangan I keluar dengan Jia Wei sebab you. You janji nak bawak I pergi memancing. Kalau you tak turun, I akan tekan loceng ni sampai malam.”

Nad kerutkan dahi. “Memancing? Eh, you ni gila ke?” Jia Wei? Eh siapa pulak Jia Wei ni.

“Gila? You yang gila! Habis semalam siapa yang berwhatsapp dengan I? Hantu Kak Limah?” Nada suara dia di sana dah tinggi tak puas hati.

“Huh.” Nad renggangkan sedikit iphone. Garu kepala. Kembali bercakap dengan si suara lemak merdu. “Kejap-kejap. I konpius tahap nak mati ni. I akan call you balik lepas buat spot-check.”

“You kalau tak turun siap!” Gertak macam dah kenal sepuluh tahun. Ah, si dia tak peduli. Gigih beli joran baru malam tadi. Sebab kan Nad. Kadang-kadang dia keliru pun ya.

Nad dalam bilik menjerit. Tawaf biliknya sepuluh kali sambil membaca semua whatsapp yang ‘Nad a.k.a abang Nazim’nya dan ENCIK TAK BERNAMA itu. Genggam jemari rapat-rapat. Kadang-kadang Nad urut dada dan ucap sabar banyak kali. Cuba telefon abang Nazim tapi tak berangkat. Whatsapp hanya berbalas evil laugh dan jawapan abang Nazim mudah sungguh. Instead of asking me about the programme kan…better you pergi memancing dengan encik tak bernama tu. Hahaha. Dia hensemlah Nad. Pergilah! Jangan lupa tanya nama sebenar dia. Kehkeh.

Bunyi loceng dah berpuluh-puluh kali. Setiap kali Nad terhendap-hendap di balik langsir, encik tak bernama matanya itu tepat ke arah dia. Heh dia ni. Tahu-tahu aje aku tengah mengendap. Bila dengar mama bising kat bawah menjerit-jerit memanggil, Nad terus menukar baju. Haihlah abang Nazim. Kenapa? Kenapa mesti ini yang dia rencanakan?

Roziana cekak pinggang. “Dah banyak kali mama panggil. Tu kawan abang Nazim dah lama tunggu Nad. Siap bawak joran. Abang Nazim kata suruh bawakan kawan dia tu kat tempat biasa.”

“Banyaklah abang Nazim tu. Kawan?” Muka Nad keruh.

“Iyalah. Tadi abang Nazim call mama. Tu kawan abang Nazim yang baru pindah hujung rumah kita ya? Tapi kenapa mama tak tahu ek?”

Eee..Nad rasa berbahang seluruh muka. Abang Nazim memang nak kena. Kalau kena cepuk dengan batang kayu golf baba pun best kan? Mama menambah lagi cerita.  “So nak bawak encik tak bernama tu memancing ke? Waaaa…”

“Mama nak ikut ke?” Nad pandang wajah mamanya. Mama pun pandai sebut ‘Encik Tak Bernama.’ Ni semua tak lain tak bukan kerja abang Nazim lah ni. Choi betul! Pandai betul dia pusing ayat…pusing sana sini. Entah apa agaknya memujuk baba dan cakap pulak kat mama. Kemudian entah bagaimana boleh pulak mengatur semua ni jadi seperti sekarang. Penulis skrip betul!

Senyum. Gelengkan kepala. “Tak naklah. Mama ada banyak kerja lain nak buat. Nad pergilah bawak dia tu. Kesian…lama tunggu Nad. Nanti abang Nazim tunggu Nad dan encik tak bernama tu kat tempat biasa. Enjoy ya!” Roziana senyum. Sempat lagi dia pesan pada Nad. “Haaaa…abang Nazim dah siap sedia jugak joran dia. Reel, tali pancing, mata kail. Siap sekali dengan umpannya. Ada kat depan mama dah siap-siapkan.”

Ceh. Mama pun macam berstrategi aje dengan abang Nazim ni. Nad jungkitkan kening. “Mama ni macam iya iya aje dengan abang Nazim tu. Eee, abang Nazim ni teruklah. Entah siapa-siapa yang dia suruh Nad teman bawak pergi memancing. Bencinya!”

Roziana dah ketawa. Tapi buat-buat macam tak tahu perancangan Nazim si anak bertuahnya. Mata terus memerhati Nad yang sedang melangkah sambil hentak-hentakkan kaki. Siaplah abang Nazim malam ni. Memang kena karate dengan Nad. Buat dajal tak habis-habis.

***

Dia pakai snow cap lagi. Tutup mata sebelah. Gaya lanun si mata satu. Tapi nampak formosus. Oh kenapa ni? Kenapa jantung Nad berdetak-detak laju ni. Suara lemak merdu dia akhirnya keluar sambil tayang gigi. “So, I rasa tak salah pun kalau si Nazim tu plankan kita untuk pergi memancing. Kan?”

Ewwww. Nad gigit bibir. Selamba aje dia buka pintu kereta Perodua Viva milik encik tak bernama. Tak berjawab sambil kunci mulutnya yang banyak emas. Nad buka bonet dan mereka sama-sama meletakkan semua alat-alat memancing. Joran sumbat kat tempat duduk belakang.

“So..you tahulah abang Nazim yang whatsapp kat you. Dan bukan I?” Nad terus masukkan diri dalam kereta si lelaki. Ya rabbi. Kereta dia buruknya. Kotor ya amatssss! Mata meneliti. Ke kanan dan ke kiri.

“Sorry. Kereta I memang macam ni. Maklumlah kerja tukang menukang ni perlu korbankan sebijk kereta jadi tong sampah. Tapi you still nak bawak I memancing kan?” Sengih saja dia. Perasan si gadis entah-entah mengutuk kereta comelnya ini.

Eh encik tak bernama ni. Jalan saja. Nak bebel-bebel nanti kat kolam sana. “I tak tanya pun apepasal kereta ni buruk sangat. Tak kisah pun. Asalkan boleh gerak.”

“You pun tak kisah kan keluar dengan I lelaki yang tak bernama dan yang you tak kenal ni?” Viva putih serentak itu berjalan.

“Baba kenal you. Sebab tu I tak kisah. Tapi ada juga satu sebab yang buat I kisah. Sebab nama you pun I tak tahu. Masalahnya ape pasal I terbabit sekali dengan program memancing abang Nazim ni. Huh.” Nad ketuk kepala dengan jemari sendiri.

Dia senyum. Selamba bawa kereta. Tekan minyak laju-laju. “Dijodohkan agaknya.” Terbit ketawa yang menyenangkan halwa telinga Nad.

Nad pusingkan kepala pandang si lelaki yang matanya hanya sebelah saja berfungsi. Dasar gatal sebut perkataan jodoh menjodoh ni. “Heh. You nampak ke memandu sambil pakai sebelah mata aje tu? Snow cap ni fesyen you ya?”

Angguk. Senang sekali mendengar suara Nad. Entah kenapa dia rasa nyaman dan segar. “Yup. Fesyen I. I boleh nampak lagilah. Jangan risau okey? Eh…tak nak tahu nama I ke?” Sambil itu dia jolok sarang tebuan.

“Malas. Buang masa nak tahu nama you. Habis memancing kita balik.”

Haaa…tebuan dah lari. Hehe. “Ohh..okey.” Dia sambung dengan pantas. Bawa lagi Viva selaju boleh. Pertemuan pertama dan pertemuan kedua yang sungguh pelik. Tetapi mengundang sesuatu dalam jiwa si dia. “Tapi nanti you mesti nak tahu jugak nama I kan?” Dia tak nak mengalah.

Eeee..rimaslah. “Iyalah-iyalah. Nanti bila you dah hantar I balik. You bagi tahu nama you.” Nad gigit bibir. Mengawal jantungnya yang berdetak laju-laju. Hairannya ia berdetak laju-laju bila suara lelaki itu menjengah ke gegendang telinganya. Macam bunyi indah…errr..bunyi menyamankan.

“Ohh..okey.” Nada suaranya sama. Rasa terpinggir hati sebab si gadis cantik manis tidak mahu lanjut bertanya namanya.

Sehingga mereka letakkan punggung atas tikar yang disediakan abang Nazim. Cis, tikar pun dia bagi sekali kat mama. Memang nak kena abang Nazim ni. Memang harus kena cepuk dengan batang golf baba.

Sehingga juga masing-masing dah campakkan joran. Pusing reel dan menyedut udara segar petang damai. Dingin sahaja tanpa sepatah kata jawapan dari bibir Nad. Si dia masih selamba melayan joran. Layan perasaan. Layan mata pandang kaki langit. Kalau Nad diam, dia pun lebih baik diam tak mahu membuli si gadis. Abang Nazimnya pun dah mengaku malam tadi siap bertyping! Typing! Tapi dia si lelaki tetap nak mengikut rancangan Nazim. Memancing dengan Nad. You kawan dengan adik I baik-baik ya. sekali you buat tak senonoh..I campak you masuk dalam kolam.

“Eh..janganlah bisu aje gini. Tak bestlah.” Nad akhirnya bersuara. Si dia seronok mendengar suara mengaku kalah Nad.

“Shhh…” si dia letak jari telunjuk atas bibir sendiri. Pandang Nad sambil hadiahkan senyuman mahalnya. “Diam. Ikan nanti lari dengar suara you tu.”

“Eeee..tolonglah. Tak akan ikan ni lari sebab dengar suara I.” Mata mereka bertemu. Nad terus pusingkan kepala. Pandang tasik yang hijau membiru.

“Nama I Tan Jie Kang.” Dia mula memperkenalkan diri. Senyum sahaja sambil jeling Nad yang berjarak beberapa meter dengannya.

Nad fokus. Sesekali dia membetulkan tali jorannya. Reel jadi teman jemarinya. Rasa macam pernah dengar nama ini keluar dari bibir baba. Jap-jap. Musykil sekejap. “Tan Jie Kang?”  Entah itu bentuk soalan atau jawapan, Nad sendiri tidak pasti.

Tan angguk. “Mr Tan!” Bulat sudah matanya. Eh eh Nad ni.

“Hahahaha.” Nad ketawa. Tiba-tiba dia teringatkan perbualannya dengan baba. Apalah baba ni. Kenapa tak cakap awal-awal yang lelaki ini adalah Mr Tan itu. Habis kena berjemur kat luar pagar tempoh hari. Sudahlah malu tak habis lagi sebab kejadian memalukan dirinya hari tu. “So, youlah Mr Tan yang baba cakap tu. Yang baba cakap nak kenalkan I dengan you tu?”  Iskk..sampai letak nama dia sebagai encik tak bernama dalam whatsapp.

“Serius?” Tan macam percaya dengan kata-kata Nad. Terhibur mendengar Nad ketawa. Sah-sah dia suka mendengarnya.

“Taklah. Baba tu bergurau aje. Kenal-kenal gitu aje bolehlah kan. So you lah kontraktor yang akan renovate rumah kami ya?” Nad dah mula beramah mesra. Tadi dia kaku macam kayu. Kini, dia dah terlebih pulak mahu bertanya.

“Harap-harap baba you pilih I.”

“I pun harap begitu.” Nad lancar menutur katanya. Makin lama duduk memancing ni makin serasi dia dengan lelaki di sebelahnya ini. Tan senyum.

“Ada tiga kontraktor kot. Tapi kalau macam yang baba you kata, kalau pilih I, I bagi diskaun banyak-banyak. Sebab mana tahu I dapat you kan. Bolehlah sikit lebih kurang.” Tan jeling Nad. “Nak renovatekan free pun boleh.”

Nad terbatuk-batuk. Jawapan si Mr Tan ni lain pulak bunyinya. Sekeh kepala tu nanti baru tau. “Hello…you ingat I ni barang dagangan ke?” Nad jelirkan lidah. Langsung si Tan ketawa sampai matanya mengecil.

Ah – ketawa sikit pun dia nampak betul-betul di sisi lelaki manis dipandang. Lelaki berketurunan cina ni buat dia rasa macam err err sumpah jiwanya terhibur.

“Eh…Tan Jie Kang? Apa maksud nama you ni?” Nad selesakan kedudukan punggung. Apesal dia ni cina? Kalau melayu Islam dah lama Nad minta baba pinangkan. Ops. Gila kau Nad? Hehe.

Suara lemak merdu lelaki di sebelahnya ini terus mencernakan kesegaran dalam jiwa Nad. Ceh! “Can be defined in many ways. One of it outstanding and health.”

“Ohhh..patutlah.” Nad angguk. Ye o o aje si Tan ni bagi maksud begitu.

“Apa yang patut?” Tan rasa nak tahu apa sebenarnya yang tercetus dari hati si gadis.

“You boleh matching berkawan dengan I. Haha.”

“Eh dia ni. Ketawa pulak.” Kening Tan dah bercantum.

“Ishh…betul apa. Bukan senang tau nak mula-mula borak dengan I. Abang Nazim cakap saya ni si mulut emas.” Ehh…apa aku cakap ni? Kenapa boleh jadi terlebih manis bergula-gula ni? Tadi bukan kata tak suka ke nak keluar memancing dengan ini encik Mr Tan. Apa Nad dah buat ni?

“Sebab tu I kata kita ni berjodoh!” Burrrr…Tan Jie Kang menoleh pandang Nad. Whatsapp main-main si Nazim dah mengenalkan dia dengan Nad.

Haa….ambik kau Nad. Sekali kena dengan batang hidung sendiri.  Nad terus diam. Tak berani lagi nak menjawab. Sesi perkenalan antara Tan Jie Kang kini bermula. Tik tok tik tok.

Tan Jie Kang. Nad senyum sahaja sambil seluk poket seluar. Mana iphone I ni? Nad bebel-bebel dalam hati. Dia letakkan joran perlahan-lahan atas rumput dan himpit dengan sebuah bekas. Dia sebut nama itu beberapa kali. Cari senarai contact sendiri dalam iphone.
“Eh you buat apa tu?” Sibuk-sibukkan diri tanya Nad buat apa.

“Edit nama you.” Jujur betul kau Nad.

Tan senyum. “Tan Jie Kang. Tan Jie Kang.” Tan ulang  nama sendiri berkali-kali. “You sebut nama I lima kali….I datang depan you.”

Ah…Nad ketawa. Rasa bahagia dengan kejujuran si Tan Jie Kang ini. “I edit dah nama you.” Nad simpan balik iphone dalam kocek seluar jeansnya.

Tan jadi spesis mat kepoh. Tak sabar nak tahu jawapan dari Nad. “Tukar jadi apa?” Jantung Tan pula dap dip dup.

“……Encik Mata Sepet!”

Cis.  Dan tawa Nad berhamburan bersama jorannya yang tiba-tiba bergoyang-goyang. Oh, ikan berjaya ditawan. Misi memancing berjaya bersama seekor ikan. Oh..Tan seronok saat melihat ikan mula naik ke daratan. Dia dah mula menjeling-jeling. Dah mula rasa seronok dengan aktiviti memancing ikan bersama Nad.

“Tan Jie Kang. Tan Jie Kang. Tan Jie Kang. Tan Jie Kang. Tan Jie Kang.” Nad pusingkan kepala. Angkat kening tuju pada Tan yang masih tak lekang dengan senyumannya. “I dah panggil dan sebut nama you lima kali ni.”

“Chehh you ni kan memang pretty lady…. Ni hen huai dan.”

Haila..ni yang malas nak belajar bahasa mandarin ni. Si dia berukuran 180cm dan handsome ni Nad tenung. “You jangan renung I lama-lama Mr Tan. Nanti you cair. Haha.”

9 ulasan:

  1. I Love You kak dihah... Dah start senyum2 nie!!! sambung la gi.. nak tau cair ke tak Mr. Tan atau Nad yang cair tgk Encik Mata Sepet.. PLEASE!!!

    BalasPadam
  2. readers yg cair cmni

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama19/4/13 08:08

    suka suka suka ;)

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama19/4/13 09:37

    suka sgt. harap dapat senyum n ketawa selalu :)

    BalasPadam
  5. just so funny....Nad & Mr.Tan

    BalasPadam
  6. Mr.Tan suka letuw dgn Nad...hihi ^_^

    BalasPadam
  7. cik mardihah,sapa model mr tan tu?

    BalasPadam
  8. suka.....more plssss........

    BalasPadam
  9. waaa wo ai nee heheh

    jgn marah ye hu3

    BalasPadam