Pages

17 Jun 2013

Blurb Mr Pai Epal



Blurb Mr Pai Epal. Belakang kaver di bawah bunyinya. Ringkas saja. Tapi penuh makna. Ceh. Terima kasih untuk yang sudi memiliki Mr Pai Epal dari saya.  Nanti bolehlah beli di KaryaSeni online di sini ya. Untuk 300 terawal, stamp Eiffel Tower yang cantik dan TT besar saya ada juga. Alhamdulilah, segala urusan telah dipermudahkanNya. Doakan yang baik-baik. Komen positif dan negatif saya terima seadanya. Eh, selamat datang ke Alsace, Paris! 

Bonjour! Bonjour Paris! Part akhir dalam blog dahulu boleh kaji, selidik sebelum memiliki MPE. He he. klik SINI






Sejak kami berdua berkenalan, pelangi sentiasa sahaja menemani hari-hari aku. Bukan setakat pelangi, bunga sakura pun terkejut dan tumbuh di Malaysia. Transformers pun tiba-tiba terpacul jadi pak guard. Mereka siap mengiringi musim cinta kami. Ye o o aje dia tu mengurat aku. Heh.

“Cik Yaya sayang? Oooo Cik Yaya sayang. Rindu saya tak?” – Izz Amir

“Gila!” – Yaya

“Ya, kan saya mengaku saya gila. Gilakan awak.” Izz Amir

Yaya dan Izz Amir. Mereka bertemu dengan iringan hujan yang menyanyi. Mereka menyatu dengan rintik hujan yang sedang menari-nari. Peristiwa itu terus terpahat dalam hati Izz Amir dan membuahkan rasa cinta sehingga membawa ke dunia impian mereka.

Namun, musim cinta yang mekar terus lenyap apabila kepercayaan aku kepadanya menipis. Berkubur nama Izz Amir. Lenyap dan mati sehingga aku membenci. Aku memadam kenangan itu. Membawa diri ke Le Cordon Bleu, Paris. Cita-cita jadi pengganti dan aku usir namanya yang pernah bermukim di kotak hati.

Namun, hati benar-benar terusik dengan kemunculan semula dan kesungguhan dia. Mata dia, benar-benar menawankan seluruh jiwa dan raga. 

“Ya. Saya yang sentiasa mengekori awak setiap masa. Yaya, please, please. Beri saya ruang dan masa untuk bertemu dan bercakap dengan awak.” – IZZ AMIR

“Aku benci kau Izz Amir. Dari dulu sampailah sekarang. Pergi! Pergi!” YAYA

Cik hati, kenapa kau membenci tetapi ada nada cinta bersemi? Cik bibir, mengapa sukar melafazkan meski selalu menyebut namanya yang dirindui? Kenapa sukar melenyapkan namanya di dalam jiwa ini? Mengapa?

15 ulasan:

  1. Tanpa Nama17/6/13 12:22

    Tak sabar nak peluk mr pai epal.

    BalasPadam
  2. Heheeee...bila baca aje sikit dh berdebar-debar hati sy. Macam tak percaya Mr Pai Epal dah kuar versi cetak. Tak sia-sia sy menantinya. Thanih Cik Dihah. Sy saying awak 14 juta kali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry, nak taip Tahniah Cik Dihah, sy sayang awk 14 juta kali

      Padam
    2. kita baca pun x sabar nak peluk mr pai epal kan? cepat pos kecni. ;)

      Padam
    3. Alhamdulillah, MPE dh sampai le tangan sy hari ni. X sbr nk baca blk karang. Terima kasih Cik Dihah, syg awk 14 juta kali...heheeeee

      Padam
    4. Cik Dihah,
      sy dh baca habis MPE smlm. mmg terbaek, especially part Yaya baca surat Adnan. Menitis airmata sy takala membaca bait-bait ayat pengakuan Adnan terhadap Izz Amir. Sampai begitu skali erti persahabatan mereka berdua. Betapa Izz Amir yg baik hati mengambil Adnan yg mengemis dijalanan utk dijadikan pekerja, sahabat dan juga bak seorang adik kpd dirinya.

      Padam
    5. Salam has_1309,

      terima kasih kerana dah khatamkan MPE. semoga suka 14 juta kali ya.
      Mungkin dalam izz amir kekurangan, ada sesuatu kebaikan dia kan?
      :) terima kasih untuk komentar. Terima kasih ya.

      Padam
  3. Tanpa Nama18/6/13 07:47

    tahniah cik diehah...

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. melting itu perlu. miahaha

      Padam
  5. Salam kak dihah,da dapat buku,tq!

    BalasPadam
    Balasan
    1. welcome. selamat membaca faradia.

      Padam
    2. Sedang..seronoknya bila ada orang ikhlas dgn kita...akak buat sy sengih je tau...sampai kawan2 tgur...haha

      Padam
  6. Assalam. Bila nak kuar mrs pie apple. Tak sabar nak tahu kisah selanjutnya

    BalasPadam