Pages

22 Januari 2014

Nama Dia Joe [Memori I]


Meh kita imbas kembali. Antara Joe dan Mawar. Ada hey hey hey. Hahaha. Okey, cerita sebenarnya saya sedang menguruskan manuskrip Nama Dia Joe. InsyaAllah hujung bulan dua akan siap! ;) Doakan saya! Amin. Jangan nyanyi lagu rindu ya! 

 Memperkenalkan Mawar saya. Eh silap...Mawar milik encik Joe. JOE. 
Credit picture Risty Tagor : LINK



Mawar sendukkan bihun yang mummy buat. Wahhh, matanya  terbeliak. Perencahnya penuh satu alam. Ada ayam, sotong, daging dan udang. Sayur pun lengkap segala-gala. Perutnya terus berkeroncong maha lapar. Dia menyendukkan bihun untuk dua piring. Keluarkan sandwic dan tuang air ke dalam cawan.

Eh-eh..mummy awak masak nampak semua sedap. Semua ni mummy buat?” Dah tahu tanya lagi.

Joe angguk sambil menanti Mawar. Mawar memang sengaja buat kerja lambat-lambat. Mawar memang nak kena ni. “Iyalah awak oi. Mummy buat sebab awak. Excited terlampau bila saya kata nak ajak awak teman saya study kat sini. Kalau bolehkan, dengan nasi lemak, ketupat dan kuah kacang pun mummy nak buat.”

Pandang lagi Mawar. “Saya aje yang tak bagi buat macam-macam. Dah macam kenduri sekampung aje mummy tu. Hehe.”

Mawar berdiri sambil membawa bihun goreng. Tangan sebelah pegang sandwic. Air nanti boleh ambil kemudian. “Laaaa..kenapa awak tak setuju je. Nanti Param, Din dan Siti Nur Nuha boleh makan jugak. Awak ni kedekutlah. Biarlah macam kenduri ke apa. Kalau tak habis boleh hantar kat asrama kawan-kawan kolej awak tu.”

“Mawar. Please…. cepat sikit datang sini. Saya lapar ni. Boleh tak awak jangan sebut nama Param, Din dan Siti Nur Nuha tu. Eeeeiiii, bernanah telinga ni.” Joe pandang Mawar. Heilah Mawar ni. Ingat lagi nama budak sekor-sekor tu. Sekelip mata dia keluarkan kamera dari dalam beg. Sambil betulkan kamera, dia menunggu Mawar yang sedang berjalan ke arahnya. Buku study letak tepi.

Mawar sudah duduk di sebelahnya. Muka cebik sambil hulurkan sepiring bihun terus ke arah Joe. Sekelip mata mereka berdua sudah jadi seperti biasa. Teman tapi errr errr errr mesra! Sambil menanti Mawar habiskan bihunnya, dia sesekali curi-curi mengambil gambar Mawar. Kalau Mawar sedang tersenyum, cepat-cepat dia klik!

Kalau Mawar hulurkan air dengan wajah seriusnya, cepat-cepat dia klik! Cantik. Lagi-lagi langit sedang berwarna biru. Juga ditemani dengan hijaunya padang ini. Turut sama menjadi teman ialah pohon rendang yang sedang meneduhkan mereka ini. Semuanya lengkap. Petang indah dan menawan dengan semua gambar di dalam kameranya kini dipenuhi dengan gambar Mawar. Gambar Mawar serius sambil jawab soalan matematiknya pun dia klik. Klik dan klik!

Dia senyum memerhati gambar Mawar. Mawar sebelahnya sedang berkerut-kerut dahi memerhati soalan matematiknya. Dia jeling Mawar. Perut dah penuh dengan isi makanan. “Dapat tak?”

Geleng kepala. “Tak. Otak dah berkarat. Lamanya tak study macam awak ni.” Mawar letakkan buku Joe. Joe letak kameranya. Dekatkan tubuh dengan Mawar. Lunjur kakinya sama dengan Mawar kini.  Kepala Joe macam biasa, ditongkatkan dengan tangannya.

Senyum sambil angkat kembali bukunya. Rileks sahaja Joe menyelesaikan jawapan matematik di dalam buku berkenaan. Pennya bergerak-gerak. Mulut Joe terkumat-kamit seperti membaca buku. Dia tenang menjawab. Lagi senang hati bila Mawar ada di sebelahnya.“Senang aje ni. Prof Kamil tu memang suka bagi soalan tak mencabar begini. Tengok, dah siap!”

“Wah!” Mawar dekatkan lagi dirinya. Mereka dah duduk berdua seperti selalu. Mawar terus ambil buku Joe. Perhatikan langkah penyelesaian yang dibuat oleh Joe. “Dah siap. Pandainya awak.”

Joe angguk. Senyum. Capai begnya dan letakkan di bawah kepala sebagai alas. Dia dah mengantuk. Bihun mummy ni memang sedap sampai buat dia mengantuk. Mata terpejam-pejam. Mawar di sebelah sedang menilik bukunya. Sambil mata yang nakal memerhati Mawar matanya terus layu.

Mawar terus meneliti buku Joe. Sambil itu, dia  perhatikan Joe yang sedang terlena. Mata Joe terpejam-pejam. Nampak sikit terbuka. Kemudian nampak terpejam kembali. Cepat-cepat Mawar ambil kamera Joe. Masih belum dioffkan. Dari tadi dia memerhati apa yang Joe buat. Dia tahu Joe curi-curi mengambil gambarnya. Eleh, cakap ajelah awak nak saya jadi model muslimah. Cakap ajelah dengan saya yang saya ni comel. Kan? Kan? Kan?

4 ulasan:

  1. windu kt Joe n Mawar....

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama22/1/14 15:54

    rindunya mar dengan mereka. smg semua siap dan dimudahkan.

    BalasPadam