Pages

03 Oktober 2014

Nadratul Nisa I

Hiks. Random pick plot dari manuskrip. 
Jangan lupa dapatkan novel kebabom best ini di MPH, Popular dan kedai buku seluruh dunia. *penulis minta penampo. Hahaha.
Ok bai.

****



Dia ingat. Tidak akan dia lupa. Ketika usia perkahwinan baru dua bulan. Selepas mereka berdamai dan cinta sudah bermula. Bunga kembang mekar di taman hati. Kalau melihat dan merenung sepasang mata bundar Maleq Rafie, dia akan jadi segan yang amat. Dia sudah jadi sang pencinta suami dikasihi.

Pasar malam Brincang yang sesak dan padat.

Pelancong kebanyakan dari seluruh Malaysia. Mungkin dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Perlis, Sabah dan Terengganu. Iya. Mungkin. Ada juga pelancong dari luar Negara.

Ah – sebenarnya dia benci dengan keadaan pasar malam yang penuh sesak begitu. Benci melihat mata-mata nakal sang lelaki menjamah wajahnya.

Senyum. Dia akan senyum kalau Maleq menarik jemarinya singgah ke mana-mana gerai yang Maleq sukai.

“Nak ni?”

Suara Maleq sambil menunjukkan itu dan ini mengepung-ngepung seluruh jasad. Nadratul Nisa’ sekadar menggelengkan kepala.

“Habis Nad nak makan apa? Abang nak belanja ni. Bukan selalu Nad nak ikut abang keluar tengok-tengok pasar paling popular ni. Hehe.” Maleq merenung ‘dia’ dengan penuh kasih sayang.

Kaki langit sudah mahu gelap. Satu jam setengah lagi gebang Maghrib akan mendekati. Maleq sudah membisikkan, “kita kena balik sebelum maghrib tau. Ni pun rasa macam nak hujan. Tengok langit pun abang tahu. Dah berdentum-dentum tu Nad.”

Dia terangguk-angguk manis dan manja. “Nad nak jagung. Jagung bakar.”

Jemari dia ditarik kemas. Bila berada di kawasan yang dipenuhi pelanggan kanan dan kiri, Maleq dengan senangnya meleraikan jemari dan memeluk terus pinggang dia.

“Oh..jagung ya. Sebakul jagung pun abang boleh belikan untuk Nad.”

Pipi Nadratul Nisa’ sudah merah.

Senyumnya mekar sambil menggigit-gigit bibir.

Cinta bila bersama yang halal itu lebih manis rasanya kan Nadratul Nisa’. Dia rasa telinga berbahang merah kala pelukan itu dieratkan. Lebih rasa disayangi bila bahunya dipeluk juga.

Memilih jagung bakar. Sedapnya melihat susunan jagung. Manis dan meliurkan. Retina mata rancak memerhati Maleq mengeluarkan dompetnya. Mata terpaku melihatkan gambar comel dia bertudung ada disisip di dalam sarung lutsinar dompet. ‘Oh, bila masa Maleq mengambil gambarnya itu?’ – hati sudah tersimpul satu janji. Ini suamiku dunia dan akhirat. Cinta sudah menggigit naluri. Indah.

Ketika Maleq menghulurkan jagung bakar untuk dia, aromanya menyeluruhi rongga hidung. Minyak wangi yang dipakai ‘encik ganteng’ turut sama meningkatkan berahi. Dia rasa sayang sudah berhimpun entah berapa banyak untuk lelaki yang penuh sabar ini. Dia ingat lewat-lewat minggu yang sudah bila Maleq meninggalkan dia keseorangan di rumah. Seminggu! Bayangkan selama seminggu itu barulah dia sedari yang dia inginkan Maleq. Baru juga dia tahu apa itu erti rindu.

Minit-minit bersama di pasar malam Brincang membulatkan lagi hati. Nekadnya satu. Mencintai sang suami yang sekarang penentu reda dan syurga untuknya.

Tambah manis. Lebih menyatukan jiwa. Terus dia jatuh cinta dengan Maleq Rafie ialah bila hujan turun. Guruh berdentum-dentum menyentap kehangatan ‘bulan madu’ yang baru bermula. Pelancong lari ke sana dan ke sini meneduhkan diri. Maleq sambil menjinjit plastik berisi jagung bakar terus menarik jemari Nadratul Nisa’ untuk sama berlari-lari.

Sampai mereka menumpang teduh di sebuah kedai menjual pakaian ‘bundle’.

Maleq melarikan anak mata mencari kedai yang ada di sekitar pasar malam. Mahu mencari sekaki payung. Dia ingat Maleq melihat jam di pergelangan tangannya. “Dah lambat ni!” suara encik ganteng menyentuh gegendang telinga. “Nad tunggu sekejap, abang pergi beli payung. Tunggu tau!”Satu minit. Dua minit. Petir sabung menyabung. Tiga minit. Guruh berlawanan mahu membelah langit. Beberapa minit dia berdiri menanti. ‘Oh, mana abang ni.’
Dia panjangkan leher. Tercari-cari akan tubuh tegap suami yang pergi membeli sekaki payung. Nadratul Nisa ingat…dia renung jam di pergelangan tangan. Jam hadiah hantaran yang bermakna. Bila dia panggung kepala, Maleq sudah berdiri di depannya.

“Cik adik manis. i’m back!” dia seperti biasa, menawankan seluruh jiwa raga dengan senyum kacaknya.

Jemari Nadratul Nisa’ ditarik lembut. Pinggang isteri diraih. Sekali lagi cinta bersemi

Kaki berayun kanan dan kiri.

Hujan jatuh menimpa sekaki payung kecil yang meneduhkan. Iramanya asyik. Tub. Tap. Tub. Tap. Jantung juga sama berdetak laju. Bagi dia detik itu, dunia di sekeliling sudah tidak ada sesiapa. Hanya dia dan Maleq. Momen paling membuai asmara bila sesekali Maleq menoleh dan hidung mereka hampir sahaja bersentuhan. Maleq kenyitkan mata.

Kaki berayun lagi. Kanan dan kiri.

Nadratul Nisa’ mengukir senyum. Membalas pelukan hangat suami. Hujan terus turun menari-nari. Derap kaki sesekali masuk ke dalam lopak-lopak air. Hujan sederhana lebat terus melabuhkan damai. Sekaki payung sudah menjadi teduhan. Hujan terus gigih merancakkan. Dia gigit bibir bawah. Suara Maleq deras lagi. Suara bersama renungan nakalnya meresahkan sang jiwa. Aku mahu kamu! Aku cintakan kamu, isteriku! “Nad cantik!”

Nadratul Nisa’ mengembungkan pipi tanda malu.

8 ulasan:

  1. cite ni dh ada kat pasaran ker? xsabar nk beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah ada dear. Sila-sila dapatkan. Insyaallah best. haha

      Padam
  2. Tanpa Nama5/10/14 02:46

    sweet maleq ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. hak hak. Maleq memang! ;)

      Padam
  3. ni post sesaje nak membako .....hik...hik...hik....sayang my tan 18 juta....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi saya buh gambar Maleq. Awat gi sayang Tan? hihihi

      Padam
  4. Tahniah penulis...cerita yang mengetar jiwa...berulang kali dibaca tanpa jemu pertemuan semula Tan dan Nad...keep up ur good work...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih! Terima kasih!

      Padam