Pages

15 Oktober 2014

Nadratul Nisa II


Kenangan.
Seperti yang saya kisahkan.
Antara kita banyak ceritanya, bukan?
Cinta, semestinya tidak bersatu, kan?

Heh. apa ni Mardihah? 
Heh, rasa-rasa ada sambungan kisah Nadratul Nisa'? ke?
Ada yang kena penampo ni kang. Cerita lain tak siap-siap ada hati nak sambung cerita ini.
Chait!

Okey, random pick list lagi. Sini baca sebelum korang pi beli kat kedai buku. Gerenti best 14juta kali punya!


Ok bai! 



“Betul you tak ada rasa apa-apa bila berdua dengan I kat sini?” Tan dekatkan wajahnya. Terus matanya menangkap mata berwarna coklat milik Nadratul Nisa’. Dua tiga helai daun mula gugur.

Errrr…” Nadratul Nisa’ tundukkan wajah. Tan Jie Kang…jangan dekat sangat dengan Nadratul Nisa’ boleh tak? Eee dia ni kan?

“You sungguh ke suka kat I, Nad?”

Angguk. Bibir si gadis terkunci.

“You sungguh ke sayang kat I, Nad?”

Angguk lagi. Jantung berdegup-degup. Detaknya semakin laju bila Tan mengukir senyuman. Detaknya berlawanan lagi bila Tan mendekatkan wajahnya terus ke wajah Nadratul Nisa’. “You tak akan pergi Cameron dan tinggalkan I kan?”

“’Mana satu soalan yang I nak jawab ni, Tan?” Nadratul Nisa’ melarikan wajahnya. Memandang beberapa batang pohon rendang yang turut sama memberi kesegaran.

Tan tarik nafas. Susah hati. Bila mereka sudah bersedia dan sama-sama menzahirkan, dia tahu masa depan kelak tidak mungkin berada di dalam tangan. Perkahwinannya bakal berlangsung. Nadratul Nisa’ akan pergi meninggalkan dia.

Nadratul Nisa’ menyembunyikan resah. Malam tadi, dia tidak nyenyak tidur kerana memikirkan banyak jawapan kepada persoalan yang selalu bermain di fikiran. Dia tidak boleh menidakkan lagi rasa cintanya kepada Tan Jie Kang. Menolak pun dia tidak akan.

Nadratul Nisa’ kembali menoleh. Memandang Tan yang sedang mengumam bibir. Dia susun buku di sebelah kirinya. Perlahan-lahan, dia menggenggam kedua-dua belah tangannya. Mendekati Tan yang berada di depannya.

Lutut bertemu tikar. Duduk Nadratul Nisa’ kini sama tinggi dengan Tan yang sedang bersila.
“You pilih antara dua. Kanan ke kiri.” Gigi putih Nad berbaris cantik. Dalam hati amat mengharapkan ada keajaiban untuk perhubungan yang baru bermula. Ironinya, dia tahu Tan akan berkahwin dengan Moh Jia Wei. Lelaki ini kelak bukan menjadi miliknya.

Titik.

Tetapi jika betul ada Tuhan hantarkan keajaiban, alangkah bagusnya kan? “Pilihlah cepat.” Ada nada sayu di hujung jiwa. Meski dia sedang tersenyum riang.

Bola mata Tan bergerak-gerak. Kemudian memandang lagi wajah putih Nadratul Nisa’. Cantik sungguh Nadratul Nisa’. Ingin sekali dia menyentuh pipi mulus Nadratul Nisa’. Kalau melihat pipi Nad yang memerah itu, hati meronta-ronta ingin mengucup lembut pipi itu. Tapi dia tahu batasnya hubungan mereka. Dia tahu agama Nadratul Nisa’ melarang semua perkara yang dia ingini itu. “Pilih?” Kening terangkat

“Iya!” Nadratul Nisa’ angguk berkali-kali. “Pilihlah Tan. You kena pilih satu.”

Teragak-agak. “Kalau pilih yang salah, jawapannya tetap sama kan?” Tan sekali lagi merenung hidung Nadratul Nisa’. Hidungnya comel sahaja. Mahu saja dia picit-picit hidung comel Nadratul Nisa’.

Gulp!

“Ada jawapan untuk soalan-soalan yang I bagi tadi. Hek?” Tan senyum. Masih menyoal Nadratul Nisa’. Masih mahu matanya menyeluruhi wajah kesayangan hati. Dia nakal lagi dan merenung pula kening Nadratul Nisa’ yang terbentuk indah.

Nadratul Nisa’ mengangguk. “Iya..cepatlah pilih.” Nadratul Nisa’ masih menggenggam erat kedua-dua jemarinya. Kening bercantum-cantum menunggu reaksi dari Tan. “Kanan ke kiri. You kena pilih salah satu.”

Ermm…” Mata Tan beralih ke arah jemari Nadratul Nisa’ yang sedang erat berpadu. “I pilih kananlah.”

Nadratul Nisa’ mengukir senyum. Melirik ke arah wajah Tan. Jambangnya walau ada tetap nampak kacak di mata. Hidung Tan yang terletak indah itu kadang-kadang buat dia rasa cemburu. “Nak tahu jawapannya tak?”

Yerp…mestilah nak. Apa jawapannya?” Reaksi Tan spontan sahaja. Serius wajahnya inginkan jawapan.

Hening. Nadratul Nisa’ membuka jemari kanan. “Kanan. Sebab you pilih ni. Jawapannya ialah ya.” Cik gadis menikmati lagi kekacakan Tan Jie Kang. Dia pantas menyambung bicara, “I sukakan you dan sayangkan you. Sungguh!”

Mata bertaut. Angin berhembus perlahan. Tan rasa bahagia. Rasa dihargai. Kali ini, dia rasa sungguh manisnya bercinta. Sungguh asyiknya disayangi oleh gadis yang disukai.

“Kalau I pilih kiri?” Dia menduga.

Nadratul Nisa’ menghembus nafas. Detik indah yang sedang dia lalui bersama Tan ini dia sematkan di dalam kotak fikiran. Tanam rapat-rapat. “Tetap juga I sukakan you dan sayangkan you.”

Nadratul Nisa’ menunduk. Jemari kiri yang masih belum dibuka, perlahan-lahan dilepaskan. Telapak jarinya dikembang-kembangkan. Tan memandang telapak jari Nad. Mata kemudian semakin galak merenung pipi Nadratul Nisa’. “Nad….”

Hmm…iya.” Mata sekali lagi berpadu.

Tan hadiahkan senyumannya. Lafaznya senada. Bersama rentak jantung yang berirama cinta. Hanya untuk Nadratul Nisa’. “I pun sayangkan you.”



6 ulasan:

  1. Tanpa Nama15/10/14 16:51

    ala suka la bagi hujan dipetang hari......

    -faradia-

    BalasPadam
  2. ohhhhhh..........sedih nyer .....saja nak menggamit kenangan yg tak akan padam dalam ingatan....my tannnnn.....luv u.....luv u....luv u.....18 juta kali....huhuhu

    BalasPadam
  3. saya dah beli novel nadratul Nisa'....:)

    BalasPadam
  4. Rasa patut ada smbgn. X puas hati ngan endingnya. SE pn ok.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama16/6/16 17:59

    Novel bertajuk nadratul nisa ini terlalu sama dengan kisah hidup saya. Mmg bnyk sgt persamaan,kebetulan2. Masa mula2 baca, saya berharap agar kisah hidup saya tak sama seperti novel ni kerana takut untuk menghadapi pedihnya sebuah kenangan.tp as time goes by, satu persatu takdir yg dialami nadratul nisa,juga terjadi pada saya. Cuma bezanya, saya tak ditakdirkan bersama "tan jie kang" kerana tidak direstui oleh keluarga dia disebabkan perbezaan agama. Dan dia pun dah kahwin dgn org lain baru2 ni. Ye,trlalu sakit rasa itu. mmg benar cinta tak selalunya memiliki..dan dia beritahu saya, dia akan tetap cintakan saya sampai akhir hayat. Saya doakan agar dia bahagia dan semoga Allah memberikan hidayah kepadanya suatu hari nanti, seperti yg berlaku pada akhtar tan.. Doakan semoga saya bertemu dengan insan seperti Maleq Rafie..tak sabar nak tahu bagaimana kesudahan kisah hidup saya..

    BalasPadam