Pages

19 Mei 2017

Salam Manis

Salam semua,

Lamanya kan, saya menyepikan diri. Ada. Saya ada. Hiks. Pembaca pun, mesti bosan dah haih, menunggu dan menunggu. Keletak keletuk sangat lambat saya ni. 

Sekarang sedang merombak semula manuskrip yang sudah lama terbengkalai. Yang Terindah, menukang semula kisah sisi hidup Nur Cahaya, Adib (nama penuh hero Adib Huzairi). Manuskrip ni, dah banyak kali saya ubah sampai saya sendiri yang stress (nanges..haha) Kalau dulu hero saya ini kerja bawa kapal terbang kan, jadinya sekarang, kerjanya biasa sahaja. Sebab tukar..hurm, dah ramai kan yang menulis kisah hero Pilot. Jadinya, saya bawakan sedikit pembaharuan. 

Fifi akan sentiasa ada dengan kita. Latarnya berubah sedikit dan perubahan baru yang saya buat ialah POVnya bukan lagi dengan sisi 'aku'.

POV ketiga. Ada kisah Nur Cahaya, ada kisah mengenai Adib dan watak-watak tambahan yang lain. Kalau baca novel Nadratul Nisa', begitulah gaya dan cerita bahasanya. ;) 

Doakan semuanya berjalan dengan baik dan manuskrip ini siap dengan cepat. Doakan terus diberikan kekuatan untuk menyambung kisah ini. Yok! Yok! InsyaAllah. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan