Pages

Karya


Karya Mardihah.

Mr Pai Epal.



Sejak kami berdua berkenalan, pelangi sentiasa sahaja menemani hari-hari aku. Bukan setakat pelangi, bunga sakura pun terkejut dan tumbuh di Malaysia. Transformers pun tiba-tiba terpacul jadi pak guard. Mereka siap mengiringi musim cinta kami. Ye o o aje dia tu mengurat aku. Heh.

“Cik Yaya sayang? Oooo Cik Yaya sayang. Rindu saya tak?” – Izz Amir

“Gila!” – Yaya

“Ya, kan saya mengaku saya gila. Gilakan awak.” Izz Amir

Yaya dan Izz Amir. Mereka bertemu dengan iringan hujan yang menyanyi. Mereka menyatu dengan rintik hujan yang sedang menari-nari. Peristiwa itu terus terpahat dalam hati Izz Amir dan membuahkan rasa cinta sehingga membawa ke dunia impian mereka.

Namun, musim cinta yang mekar terus lenyap apabila kepercayaan aku kepadanya menipis. Berkubur nama Izz Amir. Lenyap dan mati sehingga aku membenci. Aku memadam kenangan itu. Membawa diri ke Le Cordon Bleu, Paris. Cita-cita jadi pengganti dan aku usir namanya yang pernah bermukim di kotak hati.

Namun, hati benar-benar terusik dengan kemunculan semula dan kesungguhan dia. Mata dia, benar-benar menawankan seluruh jiwa dan raga. 

“Ya. Saya yang sentiasa mengekori awak setiap masa. Yaya, please, please. Beri saya ruang dan masa untuk bertemu dan bercakap dengan awak.” – IZZ AMIR

“Aku benci kau Izz Amir. Dari dulu sampailah sekarang. Pergi! Pergi!” YAYA

Cik hati, kenapa kau membenci tetapi ada nada cinta bersemi? Cik bibir, mengapa sukar melafazkan meski selalu menyebut namanya yang dirindui? Kenapa sukar melenyapkan namanya di dalam jiwa ini? Mengapa?






Koleksi karya-karya Mardihah Adam (PTS Litera)

Dan Gerimis Berbisik -Buku kedua daripada dwilogi AGB



Nur Aisya dan Mohd Najmi disatukan dengan sebuah ikatan pernikahan. Cinta zaman kecil itu akhirnya bersatu. Lantas dua jiwa itu menyemadikan diri bersama ternakan ikan air tawar di Chinta Aisya serta menjaga anak-anak yatim di Impian Bonda dengan rasa kasih sayang dan tawakal kepada Ilahi.

Aisya tabah dengan ujian yang mendatanginya tiba-tiba. Najmi disahkan koma selepas terbabit dalam kemalangan dan anak sulung mereka lahir tanpa abi sebagai penyambut iqamahnya.

Selepas tiga tahun menanti dengan penuh setia dan sabar yang berpanjangan, gerimis pun berhenti. Tuhan berjanji mendatangkan kemenangan kepada hamba-Nya yang memenuhi hidup dengan kesabaran.

"Sampai ke syurga, umi akan menantikan abi, sampai umi menutup mata."





Andai Gerimis Berhenti - Dwilogi Pertama-


Hatinya sentiasa mahu tenang mengharungi cita-cita dan cabaran berganda. Nur Aisya binti Mohd Jamil mengharungi impian dengan ternakan ikan air tawarnya. Gadis cekal yang mengalunkan cerita dengan pengertian maqam takwa, kasih sayang seorang anak dan kisah hatinya bersama cinta yang terus-terusan mendatang.
Musim-musim ciptaan Tuhan lantas berlalu dengan nyaman. Sehingga Tuhan mendatangkan cabaran dan dia akhirnya mencari diri. Cinta, cita-cita dan kasih dalam kisah hidupnya dibawa supaya segala ketenangan dan musim mendatang Tuhan ciptakan keajaiban. Gerimis tidak akan berhenti dan sentiasa mendatang sehari-hari.



Lukisan Jiwa



Nur Cahaya mahu melukis jiwa dengan sederhana, namun manis. Namun hal yang sederhana itu, tidak mudah untuk melakukan semua itu pada saat hidupnya didatangkan ujian hidup yang mencurah bagaikan hujan. Nur Cahaya tahu, selepas hujan, pasti Tuhan mendatangkan pelangi, namun, hujan itu tetap juga sampai ke petang. Lalu, mampukah Nur Cahaya terus menunggu, hingga hujan berhenti, ataupun tetap melukis jiwanya dalam hujan yang tidak kunjung reda.


7 ulasan:

  1. mesti bookmark blog ni, xmau miss story dr yayah

    BalasPadam
  2. menarik dek...suker jer tak sabar nak baca nyer....

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama5/10/13 12:56

    sy bce lukisan jiwa...best giler...rrrr

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama16/12/13 16:35

    novel nama dia joe dah terbit ke

    BalasPadam
  5. Biler mrs pai nk terbit.....cant wait 4 it....sy dh terlalu obses ngan mr pai....plssssss I want mrs pai

    BalasPadam
  6. Saya tak pernah miss baca ur novel...mmg best giler

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama11/2/17 12:27

    Assalam nak tanya bila mrs pai epal terbit? Hehe semalam saya membersih kan rak buku dan teringat tetang mr pai epal hehe rindu sangat

    BalasPadam